saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 01/10/2013

Irwan Ambak bukan proksi Khairy

PUTRAJAYA 30 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menafikan pencabarnya, Irwan Ambak Khalid Izhar diletakkan sebagai proksi bagi bertanding jawatan itu sebagai strategi memecahkan undi.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menegaskan, strategi itu tidak akan digunakan dalam usaha mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2009.

Jelas Khairy, Irwan Ambak yang juga anak saudara bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memaklumkan hasrat untuk bertanding merebut jawatan tersebut kepadanya dua bulan lalu.

"Saya pun tak menggalakkan atau meminta beliau menarik diri. Saya kata terbuka.

"Namun, beliau mesti faham ini gelanggang besar, bukan gelanggang kecil. Ini gelanggang yang serius," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada wawancara khas menjelang Pemilihan UMNO 2013 di Pejabat Menteri Belia dan Sukan di sini hari ini.

Beliau mengulas tanggapan pihak tertentu yang mendakwa Irwan Ambak diletakkan sebagai proksinya dalam persaingan merebut jawatan tertinggi sayap itu pada pemilihan UMNO Oktober ini.

Selain Irwan Ambak, tiga calon lain yang menawarkan diri merebut jawatan itu ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail; Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali.

Menurut Khairy, walaupun Irwan Ambak berhak untuk bertanding, Ketua Pemuda Cawangan Bukit Setiawangsa itu perlu mengukur keupayaannya sendiri.

"Beliau tetap dengan keputusan hendak bertanding jadi saya pun tidak boleh kata apa. Takkanlah saya hendak bertanding pun kena pasang orang untuk pecahkan undi," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.