saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/10/2013

Pilih pemimpin miliki roh Melayu - Perkasa

IBRAHIM Ali menyampaikan surat pelantikan kepada Nor Azian Md. Nor sebagai Ketua Wirawati Perkasa Kedah sempena Mesyuarat Tahunan Khas Perkasa Kedah 2013 di Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 5 Okt. - Ahli UMNO mesti memilih pemimpin yang bersih, berakhlak, kreatif dan lantang membela kepentingan agama, bangsa serta negara dalam pemilihannya pada 12 dan 19 Oktober ini jika ingin terus relevan sebagai parti keramat orang Melayu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, faktor usia muda atau tua tidak perlu diambil kira asalkan pemimpin berkenaan menepati ciri-ciri tersebut selain mempunyai ilmu dan rekod kepemimpinan yang baik.

"Untuk mengekalkan UMNO relevan sebagai parti keramat orang Melayu ia mesti diwakili oleh pemimpin yang tahu membela agama, bangsa dan negara.

"Sebab itu perwakilan UMNO perlu memilih pemimpin yang lantang mempertahankan orang Melayu dan mempunyai roh Melayu yang kuat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Khas Perkasa Kedah di Institut Kemahiran Mara, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor; Ahli Parlimen Merbok, Dr. Ismail Daut; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ali Yahya dan barisan kepimpinan Perkasa negeri.

Ibrahim berkata, rakyat termasuk golongan muda pada masa ini ingin melihat pemimpin mempunyai ciri-ciri tersebut, bukannya mereka yang inginkan kemenangan sekadar mencari kepentingan diri sendiri semata-mata.

Beliau memberikan contoh perjuangan Pemuda UMNO pada masa dahulu yang menjaga parti dan kepentingan agama, bangsa serta negara selain lantang bersuara menegakkan pendirian mereka.

"Dahulu orang Melayu tidak bergantung kepada parti pembangkang untuk menegur kerajaan kerana Pemuda UMNO pada masa itu bersuara.

"Kalau ada pihak hina Islam atau Melayu, sepatutnya Pemuda UMNO tampil ke depan. Kalau ini direalisasikan dan ada pemimpin seperti ini, rakyat tidak bergantung kepada parti pembangkang lagi. Kita lihat Perkasa menjadi kuat kerana peranan dan sumbangannya," ujar beliau.

Justeru, kata Ibrahim, perwakilan UMNO perlu berhati-hati membuat keputusan dan memikirkan dengan baik mengenai pemimpin ingin dipilih kerana pada akhirnya mereka yang membawa imej parti itu.

Katanya, kesilapan memilih pemimpin boleh memberi kesan apabila segala usaha baik dan dasar-dasar kerajaan adalah seperti 'mencurah air ke daun keladi' pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau membangkitkan perkara berkenaan kerana perjuangan Perkasa demi agama, bangsa dan negara juga bergantung kepada kepemimpinan.

"Maknanya, kalau pemimpin UMNO ini hebat dengan sendirinya Perkasa tidak perlu wujud lagi apabila ada pemimpin yang mempunyai sifat yang saya nyatakan," katanya.

Sementara itu, Ibrahim menyeru kira-kira 26,000 ahli pertubuhan itu yang menjadi perwakilan UMNO supaya memilih pemimpin yang tepat pada pemilihan parti berkenaan nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.