saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 05/12/2013

UMNO disaran wujudkan portfolio sesuai untuk ulama

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Ulama dan cendekiawan agama yang menyertai UMNO perlu diberi portfolio bersesuaian agar golongan itu tidak dilihat sekadar memenuhi kerusi di dalam parti.

Mencadangkan perkara itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, kewujudan portfolio tertentu akan membantu ulama memahami dengan jelas peranan mereka dalam usaha bersama UMNO memartabat agama, bangsa dan negara.

"Harapan saya agar ulama yang menyertai UMNO, terutama di peringkat Majlis Tertinggi, diberi portfolio yang jelas supaya kehadiran mereka tidak dilihat sebagai pelengkap di dalam UMNO sahaja," katanya semasa menyokong usul ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Memuji langkah UMNO membawa konsep inklusif dengan memberi ruang kepada ulama di dalam parti, Fathul Bari berkata kewujudan portfolio itu juga akan memperlihatkan kepada masyarakat peranan serta hala tuju ulama yang dilantik dan secara tidak langsung rakyat dapat merasai impak kewujudan golongan berkenaan di dalam UMNO.

Fathul Bari, yang juga Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (ILMU), turut menyarankan agar kerajaan menubuhkan satu institusi khas bagi menangani penyebaran hadis palsu.

"Kita cadangkan wujudkan satu institusi khas atau kembangkan institusi yang ada, sebagai contoh lembaga penapisan teks Al-Quran kepada hadis.

"Ini kerana antara satu dakyah untuk menyebarkan ajaran sesat ialah melalui hadis palsu," katanya.

Menyentuh peranan mahasiswa, Fathul Bari meminta UMNO memberi perhatian yang seimbang kepada golongan itu di dalam dan luar negara.

Beliau berkata ini kerana mahasiswa adalah antara golongan yang berperanan penting membantu dan menyumbangkan idea kritis serta kreatif dalam pembangunan UMNO. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.