saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Najib garis 5 transformasi UMNO

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan lima pengisian transformasi UMNO untuk memastikan Barisan Nasional yang ditunjanginya terus kekal memerintah bukan sahaja lima tahun lagi malahan 100 tahun akan datang.

Menegaskan perkara itu dalam ucapan dasar merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini, Presiden UMNO itu berkata, parti tidak boleh duduk berpeluk tubuh sebaliknya menerusi perhimpunan kali ini memperbaharui tekad dan menggagas semula formula kejayaan berteraskan pengisian berkenaan.

"Kita tidak boleh lalai dan leka, UMNO harus memperkukuh kuda-kuda dan memperkemas kisi-kisi untuk menonggak BN.

"Pucuk pangkalnya, setiap ahli UMNO adalah agen transformasi yang mencerminkan hala tuju siasah politik negara," kata beliau di hadapan lebih 5,000 perwakilan parti dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Lima pengisian transformasi UMNO yang ditetapkan oleh Najib adalah seperti berikut:

1. Memperteguhkan Ekonomi Melayu dan Bumiputera

-Berikutan populasi Melayu dan Bumiputera, Islam dan bukan Islam di Malaysia adalah sebanyak 67.9 peratus melebihi dua pertiga jumlah keseluruhan rakyat, maka diumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).Ia akan bersidang sebulan sekali atau jika ada keperluan, lebih daripada itu, dengan menjemput secara ad hoc badan-badan atau agensi Melayu dan Bumiputera yang berkaitan.

Dengan agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dan Bumiputera yang sewajibnya menjadi agenda teras nasional, Najib turut mengumumkan penambahbaikan TERAJU, mewujudkan Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB, menubuhkan Dana Pendidikan MARA dan Kerajaan pada nisbah 1 kepada 1 yang berjumlah RM1 bilion, serta skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 sebanyak 10 bilion unit.

2. Mempertegak Maqasid Syariah

UMNO akan Islam menjunjung Islam selagi 'hayat dikandung jasad, bercerai nyawa dari badan'.

Umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dari segi akidah, syariah dan keperibadian. Dengan demikian, penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah adalah dilarang.

3. Memperkukuh Pengkaderan parti.

-Parti perlu diperkukuh dengan mendoktrinkan jati diri UMNO kepada para ahli agar budaya kepartian, berakar umbi, terpateri dan tersemat kukuh dalam sanubari semua sebagai landasan perjuangan. Dalam konteks UMNO, program pengkaderan hendaklah merangkumi aspek seperti kreativiti, kemahiran-kemahiran insaniah, budaya berfikir tinggi serta memahirkan mereka dengan teknologi terkini, untuk memudahkan penyampaian dasar-dasar parti dan kerajaan supaya diterima oleh rakyat serta responsif di dalam menyelami dan menyelesaikan masalah akar umbi.

4. Mempersiaga jentera transformatif

UMNO harus sedar bahawa dunia maya atau internet adalah neutral. Malah, pengguna facebook di Malaysia sahaja mencecah 14 juta akaun manakala pengguna telefon bimbit pula mencecah 146 peratus daripada bilangan penduduk Malaysia pada 2013.

Justeru, jentera transformatif UMNO hendaklah menguasai medium baru ini bagi menyampaikan risalah-risalah UMNO, mempertahankan dasar-dasar parti dan kerajaan, serta melawan segala tuduhan, nista yang dilemparkan pembangkang.

5. Menetap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) UMNO

-Ini bagi memastikan perjalanan jentera UMNO dapat bergerak dengan lebih berkesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. Melalui pelaksanaan KPI ini, Najib mahukan setiap cawangan, bahagian dan negeri dipantau dan diaudit secara berkala untuk dinilai prestasi serta pencapaian setiap negeri, bahagian atau cawangan.

Melalui kaedah ini, sebarang isu, masalah atau ketidakpatuhan yang berlaku boleh dikesan dan tindakan korektif dapat diambil dengan segera.

KPI ini menjadi pengukur yang objektif sebagai kad laporan kepada kepimpinan parti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.