saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Analogi badminton jelaskan kemenangan BN

Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung UMNO Ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggunakan analogi perlawanan badminton bagi memberikan kefahaman berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Presiden UMNO itu berkata, pakatan pembangkang semacam tidak faham dan tidak mahu memperakui sistem first-past-the post yang mana parti pertama mencapai majoriti diisytihar menang.

''Kalau saya nak bagi analogi untuk kefahaman ramai, cerita mudahnya begini. Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan Anwar, ke Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah. Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.

''Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47. Mana boleh kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang majoriti, dialah juara!,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO, di sini hari ini.

Sambil menyifatkan pembangkang tidak berlapang dada menerima kemenangan BN, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, jika dikira undi popular sekalipun, BN tetap menang di sembilan negeri daripada empat belas buah negeri, manakala pembangkang hanya menang undi popular di empat negeri sahaja.

Perdana Menteri berkata, perbandingan berdasarkan undi popular adalah tidak adil, kerana pembangkang bertanding di atas tiga parti yang berasingan dengan simbol yang berlainan, serta ideologi yang berbeza.

''Sedangkan UMNO dengan berdiri di atas nama parti tersendiri memperoleh peratusan tertinggi undi popularnya. Kalau nak di kira macam tu, UMNOlah yang paling popular,'' tegasnya.

Beliau juga secara tegas menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah di salah sebuah universiti di Indonesia baru-baru ini, kononnya kemenangan UMNO dan BN disebabkan faktor manipulasi dan korupsi adalah sungguh tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan sungguh memesongkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.