saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Najib tayang klip video bukti Anwar berbohong

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaparkan klip video ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh warga Bangladesh mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Klip video yang dipetik daripada portal berita Malaysian Gazette itu menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut membuat dakwaan berkenaan pada dua majlis iaitu semasa sidang akhbar dan ceramah politik.

Dalam klip video yang ditayangkan ketika Najib menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini hari ini, Anwar mendakwa BN menaja 16 penerbangan khas setiap hari bagi membawa warga Bangladesh dan Indonesia masuk ke negara ini untuk menjadi pengundi pada pilihan raya umum lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mendakwa BN tidak mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya berkenaan sehingga terpaksa membawa masuk warga asing sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan mereka.

Najib memaparkan klip video itu bagi membuktikan Anwar berbohong apabila menafikan pernah menyatakan perkara itu sebaliknya menuduh para penulis blog UMNO yang mengada-adakan dakwaan berkenaan.

''Saya timbulkan perkara ini kerana semasa kempen pilihan raya yang lalu, tak henti-henti pihak pembangkang mencanang di sana-sini kononnya kerajaan telah membawa masuk lebih 40,000 orang warga Bangladesh sebagai pengundi UMNO dan Barisan Nasional.

''Perkara ini tampaknya kita tak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya,'' kata Perdana Menteri.

Sebaik sahaja rakaman video itu selesai ditayangkan Najib menyambung ucapan dengan menegaskan, ''Begitulah, tuan-tuan dan puan-puan, betapa kuatnya pemimpin pembangkang suka berkata bohong dan berkalam yang dusta-dusta.''

Ini merupakan kali pertama Najib menyelitkan klip video ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sejak menyandang jawatan itu mulai 2008.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.