saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Wanita tulang belakang UMNO

SEBAHAGIAN daripada ahli Wanita mengangkat tangan sambil bersorak kegembiraan ketika mendengar pengumuman Najib Tun Razak yang mengisytiharkan pergerakan itu sebagai tulang belakang UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pergerakan Wanita UMNO yang peranan dan sumbangannya amat berharga kepada parti hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai tulang belakang UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan demikian dalam ucapan dasar beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

"(Ketua Wanita UMNO) Datuk Shahrizat (Abdul Jalil) beberapa kali menyuarakan kepada saya, hasrat supaya Wanita digelar sebagai tulang belakang parti.

"Malah pagi semalam kesungguhan ini ditunjukkan oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia semasa saya menjenguk mereka di persidangan. Beliau menepuk-nepuk tulang belakangnya sebagai isyarat kepada Ketua Wanita Temerloh, yang sedang berucap pada ketika itu, supaya menyebut bahawa Wanita UMNO sangat-sangat mahu digelar sebagai tulang belakang parti.

"Saya mendengar dan saya timbang-timbangkan permintaan itu. Bila saya fikir-fikir, sebenarnya peranan dan kegigihan Wanita UMNO sejak dulu sudah sememangnya amat dihargai dan disanjung tinggi.

"Maka dengan ini, dengan rasminya saya mengisytiharkan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sebagai tulang belakang atau ibu kepada parti. Terima kasih Wanita!," kata Najib.

Wanita UMNO mempunyai keahlian paling ramai mencecah 1.3 juta orang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.