saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Sumbangan besar Wanita UMNO - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengiktirafan Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti merupakan penghormatan terhadap sumbangan besar pergerakan itu selama ini.

Timbalan Presiden UMNO berkata, beliau pada perasmian ketiga-tiga sayap tersebut kelmarin turut menyokong tuntutan pergerakan itu diangkat sebagai teras dan tulang belakang parti terbesar Melayu itu kerana bertepatan dengan peranan mereka selama ini.

"Dari segi keahlian pun memang Wanita merupakan sebahagian besar daripada ahli kita. Kalau digabungkan dengan Puteri, lebih separuh daripada ahli UMNO adalah terdiri daripada golongan wanita.

"Selain itu, Wanita UMNO memainkan peranan yang amat besar termasuk meraih sokongan dan undi semasa pilihan raya. Mereka sentiasa ke hadapan, turun ke bawah bertemu pengundi dan masyarakat, mengadakan gerakan mesra, melakukan bacaan sikap pengundi dan banyak kerja diuruskan Wanita UMNO di semua peringkat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar Presiden pada perhimpunan itu mengumumkan pengiktirafan Wanita UMNO sebagai tulang belakang serta menyifatkan pergerakan itu sebagai 'ibu' parti berdasarkan sumbangan besar mereka sejak parti ditubuhkan pada 1946.

Muhyiddin berkata, pengiktirafan itu memang sesuai dan bertepatan serta seiring dengan polisi dan dasar kerajaan untuk meningkatkan jumlah wanita sebagai pembuat keputusan di dalam agensi kerajaan dan parti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.