saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Pengiktirafan bererti Wanita mesti terus kerja kuat

SHAHRIZAT Abdul Jalil berdiri sebaik sahaja Najib Tun Razak mengiktiraf pergerakan itu sebagai tulang belakang parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pengiktirafan terhadap Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti bererti ahli pergerakan itu mesti terus bekerja keras dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Walaupun cabaran besar bakal menanti ahli-ahli pergerakan itu selepas diiktiraf sebagai tulang belakang parti, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita UMNO tidak gentar dan takut dengan tanggungjawab lebih berat yang akan dilalui.

"Pada Wanita UMNO, kita tidak takut dengan tanggungjawab, kita galasnya dengan penuh kesetiaan dan komitmen. Sebab apa, kita hendak tentukan negara ini aman, bersatu-padu dan makmur, sebab itu kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

"Kita tidak takut dengan pertambahan tanggungjawab kerana memang pun Wanita rajin, berdisiplin, kerja tidak kira siang malam," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar beliau semasa majlis itu mengisytiharkan sayap Wanita UMNO sebagai tulang belakang atau ibu kepada parti bagi menghargai dan mengiktiraf perjuangan serta sumbangan ahli pergerakan itu selama 66 tahun.

Shahrizat berkata, beliau begitu berterima kasih serta bersyukur apabila Presiden parti mendengar permintaan Wanita UMNO untuk menjadikan pergerakan itu tulang belakang parti.

"Selepas 66 tahun Wanita UMNO berjuang dalam parti, maka akhirnya kita diiktiraf demi pengorbanan, jasa bakti dan sumbangan kepada UMNO. Hanya seorang pemimpin seperti Najib yang ada jiwa besar yang boleh buat pengiktirafan untuk wanita seperti ini," katanya.

Beliau berkata, pengiktirafan itu juga bukan hanya untuk pergerakan itu tetapi membuka lembaran baharu dan menjadi titik sejarah kepada seluruh wanita di Malaysia.

"Perjuangan Wanita UMNO menjadi perintis, membuka tirai untuk pembangunan wanita di Malaysia, jadi bila diiktiraf, ini satu petanda, isyarat jelas dan nyata kepada semua parti politik kerana hanya dalam BN wanita diberi tempat yang sewajarnya," katanya.

Katanya, langkah itu juga menjadi isyarat kepada semua pihak bahawa golongan wanita tidak lagi boleh diremehkan.

Sehubungan pengiktirafan itu juga, Shahrizat berharap agar semua aktivis wanita di negara ini menjadikannya sebagai satu isyarat untuk meneruskan perjuangan demi pembangunan wanita di negara ini.

Ditanya mengenai serangan daripada pihak tertentu yang bakal dihadapi Wanita UMNO selepas ini, Shahrizat berkata: "Saya sudah tahu pembangkang nanti akan serang saya. Saya pun akan serang balik. Kita tidak takut."

Katanya, Wanita UMNO akan menubuhkan pasukan khas bagi memperkemaskan semua tumpuan pergerakan itu bagi melaksanakan segala tugas selaku tulang belakang parti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:09
Zohor 1:29
Asar 4:46
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.