saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Penasihat Petronas: Dr. Mahathir akan pertimbang permintaan PM

DR. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor serta perwakilan yang hadir mengibarkan Jalur Gemilang ketika menyanyikan lagu 1Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013, di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mempertimbangkan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik balik peletakan jawatannya sebagai Penasihat Petronas.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut perlu difikirkan lebih mendalam memandangkan beliau telah dinasihatkan oleh doktor supaya berehat.

"Saya sudah tua, doktor kata kurangkan aktiviti sikit. Beliau (Najib) minta, tak tahulah...saya fikir dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dr. Mahathir melepaskan jawatannya itu berkuat kuasa 1 Disember lalu kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.

Beliau dilantik sebagai Penasihat Petronas selepas bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 2003.

Sementara itu, Dr. Mahathir menyifatkan tindakan pakatan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan hanya membawa kemudaratan kepada negara.

"Parti lawan begitulah, dia bukan mahu tolong sebaliknya merosakkan.

"Di Indonesia, mereka memburuk-burukkan kita. Pergi Taiwan pun begitu, itulah parti lawan," ujarnya ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya warga Bangladesh mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.