saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

UMNO tidak pernah tolak usaha tingkat perpaduan

KUALA LUMPUR 5 Dis. - UMNO tidak pernah menolak sebarang langkah atau usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak bagi membantu meningkatkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu, umat Islam atau rakyat di negara ini.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana perpaduan merupakan matlamat perjuangan parti itu sehingga memberikan penilaian amat tinggi terhadap usaha tersebut.

Sehubungan itu katanya, UMNO sentiasa mengalu-alukan usul daripada mana-mana pihak supaya diadakan muzakarah, perbincangan atau pertemuan dengan Pas untuk dicari titik persamaan atau mengurangkan perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

"Kita tak pernah menolak, niat kita baik, ikhlas, jadi kalau ada pihak yang berhajat untuk menganjurkan muzakarah kita memang sentiasa bersikap terbuka dan menyambut baik usaha itu," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan tersebut yang menyatakan walaupun parti itu dicemuh, disindir, dibentak-bentak, namun UMNO tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik demi melihat umat Islam kembali bersatu.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

Hasrat Abdul Hadi itu disambut baik Najib, sambil menyifatkan UMNO bersikap terbuka dengan hasrat Pas tersebut, namun meminta penjelasan lanjut berhubung skop muzakarah dimaksudkan.

Mengulas lanjut perkara itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan perbincangan itu termasuk skop, masa hendak diadakan dan mungkin juga anggota yang dicadangkan untuk mengadakan pertemuan atau muzakarah itu.

"Kalau itu dapat ditetapkan secara lebih terperinci dengan tajuk ataupun mauduk yang mahu dibincangkan secara umum atau khusus, kita tak tahu. Jadi, kalau itu dapat disusun, maka saya rasa selepas Perhimpunan Agung UMNO ini, masa sesuai boleh diadakan untuk pertemuan tersebut," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.