saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Beri perhatian mesej Presiden - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pemimpin dan ahli UMNO memberi perhatian khusus dan menerima dengan jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini hari ini.

Timbalan Presiden UMNO berkata, lima perkara utama yang digariskan Presiden UMNO itu amat penting dihayati dan dilaksanakan oleh semua ahli dalam usaha memperkukuhkan perjuangan parti untuk menentukan masa depan dan nasib orang Melayu, bumiputera, agama dan negara terus terbela.

"Saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Presiden parti atas ucapan dasar yang cukup penting. Beberapa penegasan penting diberikan untuk memperkukuhkan perjuangan UMNO dalam membela dan menentukan nasib orang Melayu, bumiputera, agama dan negara," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam ucapan dasar tersebut, Najib menggariskan lima teras untuk mengukuhkan perjuangan UMNO dalam mendepani cabaran masa depan iaitu memperkasakan ekonomi Melayu dan bumiputera, pengisian maqasid untuk meninggikan syiar Islam, memperkukuhkan perkaderan parti untuk melahirkan pemimpin pelapis yang berdisiplin, idealis dan mempunyai pemikiran tinggi serta memahami asas perjuangan parti.

Selain itu, semua ahli UMNO juga harus menguasai dan menjuarai media baharu khususnya media sosial dan mewujudkan Indeks Prestasi Utama (KPI) di semua peringkat sehingga ke cawangan supaya UMNO sentiasa bersedia mendepani cabaran dan mengambil langkah serta mengadakan program untuk mendekati rakyat.

Diminta mengulas lanjut tentang pelaksanaan KPI, Muhyiddin berkata, pihak pengurusan parti akan memantau prestasi dan setiap program serta aktiviti yang diadakan di peringkat cawangan, bahagian dan negeri.

"Di peringkat negeri, pengerusi badan perhubungan boleh memantau, membuat analisis di peringkat negeri. Misalnya di kawasan yang kita menang, bagaimana kita hendak pertahankan dan di kawasan yang kalah, apa langkah yang kita buat untuk menang.

"KPI kita, setiap kawasan kita nak menang...mungkin kena tambah ahli dan pengundi 3,000 ke 10,000 orang, kempen, ceramah, gerakan daftar ahli dan sebagainya. Kita akan letak sasaran dan apakah langkah untuk hadapi pilihan raya umum akan datang. Kita akan bincang lanjut perkara ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) nanti," katanya.

Mengenai perkaderan ahli, Muhyiddin berkata, ahli parti kini banyak terdedah dengan pelbagai maklumat, cabaran dan isu menerusi kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Justeru, ahli khususnya pemimpin muda perlu meningkatkan daya kepemimpinan menerusi kursus dan latihan bagi menyuntik semangat dan motivasi supaya mereka dapat menghayati dan memahami asas perjuangan parti.

"Proses perkaderan ini amat penting untuk parti terutama kepada generasi muda yang tidak faham dan belum mengalami liku-liku politik selama ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.