saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Wanita galas tanggungjawab sebagai ibu untuk UMNO

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pergerakan Wanita UMNO bersedia memikul amanah yang diberikan kepemimpinan UMNO bagi menggalas tanggungjawab lebih mencabar sebagai tulang belakang parti keramat itu.

Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, tugas sebagai 'ibu' kepada keluarga besar UMNO bukan sekadar status namun merupakan pengiktirafan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pergerakan itu menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Dengan pengiktirafan ini kita lebih bersemangat untuk menghadapi PRU-14. Bagi kami tiada peperangan yang lebih besar kecuali pilihan raya kerana pemilihan itu yang menentukan UMNO terus menjadi kerajaan.

"Tidak dinafikan Wanita UMNO telah lama menunggu untuk pengiktirafan seumpama ini dan sudah semestinya ini akan meningkatkan lagi tanggungjawab kita untuk terus bekerja kuat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Najib dalam ucapannya mengiktiraf Wanita UMNO sebagai tulang belakang atau ibu kepada parti dan yakin pengiktirafan tersebut tepat pada masanya.

Menurut Azizah, sebagai tulang belakang parti, Wanita akan berperanan sebagai pejuang kepada generasi akan datang dengan memastikan golongan muda meneruskan kesinambungan barisan kepemimpinan UMNO kini.

Beliau berkata, Wanita juga akan terus memperjuang nasib orang Melayu serta masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak menerusi kerja keras tanpa berbelah bahagi.

"Kita rasa amat bangga, syukur dan mengucapkan terima kasih kepada Presiden kerana telah mengiktiraf Wanita sebagai tulang belakang.

"Wanita amat menghargainya kerana pengiktirafan ini datang daripada pemimpin yang cukup berjiwa besar dan memahami tanggungjawab wanita selama ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.