saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Transformasi untuk rakyat - Zahid

AHMAD Zahid Hamidi dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketawa mendengar perbahasan wakil Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Transformasi yang digariskan secara terperinci oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan ajakan parti itu kepada seluruh rakyat untuk bersama Barisan Nasional (BN) dalam menuai nikmat keharmonian, keamanan serta kemajuan menjelang Wawasan 2020.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai Presiden UMNO yang juga merangkap Perdana Menteri, sudah tentu apa yang mahu dilaksanakan Najib adalah demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia tanpa dibatasi ideologi kepartian sempit.

"Apa yang diperkatakan Presiden memperlihatkan beberapa inisiatif harus dilakukan UMNO dan tentunya perjuangan UMNO untuk dinikmati semua kaum, bukan hanya orang Melayu. Penghayatan transformasi yang dilakukan adalah untuk kebaikan negara secara keseluruhan.

"Presiden sebenarnya mengajak seluruh rakyat Malaysia mengisi tawaran transformasi yang mahu dilakukan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid senada dengan Najib apabila beliau melabelkan pemimpin pembangkang yang bertanggungjawab menyebabkan Malaysia terlepas pelaburan asing berjumlah RM40 bilion merupakan penderhaka kepada negara.

Katanya, tindakan pembangkang menakut-nakutkan pelabur Taiwan yang sepatutnya melabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang, Johor, membuktikan mereka tidak layak diangkat sebagai pemimpin politik.

"Saya anggap kumpulan itu penderhaka kepada negara. Orang seperti ini tidak layak menjadi ahli politik jika dia merupakan seorang ahli Parlimen. Perbezaan politik bukan tiket untuk mana-mana pihak memburukkan negara walau dalam apa juga keadaan sekalipun.

"Ini satu perbuatan yang amat menjijikkan. BN sendiri tidak pernah sekat pelaburan ke Pulau Pinang walaupun ditadbir pembangkang. Pengkhianatan jelas berlaku kerana negara terlepas RM40 bilion sebab itu saya labelkan mereka ini penderhaka," katanya.

Mengenai kemungkinan kerajaan bercadang mengumumkan darurat di kawasan teruk dilanda banjir khususnya di Pahang, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana operasi bantuan telah dipertingkatkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.