saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Sedia bekerjasama selari matlamat tubuh UMNO

ABDULLAH Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah (dua dari kiri) berbual mesra dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Kesediaan UMNO membuka ruang kepada mana-mana parti yang ingin menjalinkan kerjasama demi kebaikan agama Islam dan orang Melayu adalah selari dengan matlamat penubuhan serta perjuangan parti tunjang orang Melayu itu sejak ditubuhkan 67 tahun lalu.

Bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerjasama sedemikian adalah penting dan perlu diambil serius.

"Sesiapa sahaja yang ingin mengadakan kerjasama seharusnya diterima dengan baik," katanya selepas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam ucapan dasar tersebut, Najib menekankan bahawa UMNO sentiasa menghulurkan 'salam perpaduan' kepada mana-mana pihak untuk memastikan penyatuan umat Islam di negara ini.

Dalam pada itu, Abdullah ketika ditanya mengenai lima pelan transformasi yang digariskan Najib untuk memastikan UMNO terus menjadi parti harapan masa depan berkata, ia merupakan kesungguhan Presiden parti untuk memastikan kejayaan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Tegasnya, pemimpin dan ahli UMNO di setiap peringkat perlu benar-benar memahami dan melaksanakan lima pelan tersebut sebaik mungkin bagi mencapai matlamat berkenaan.

"Untuk mencapai cita-cita supaya UMNO berjaya, lima pelan itu perlu difahami. Apa yang dibawa oleh Presiden UMNO itu adalah satu perubahan yang amat tinggi dan satu harapan yang perlu dipenuhi.

"Kalau UMNO kuat sudah tentu Islam dan orang Melayu kuat sekali gus dapat membela seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini. Nak bawa ke mana UMNO itu kalau tidak ke arah itu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.