saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Tepis penggodaman pemikiran rakyat

MOHD. Shafie Apdal (kiri) diberikan penerangan oleh Pengerusi KUB, Datuk Seri Abd. Halim Abd. Samad mengenai KUB Malaysia Berhad ketika melawat ruang Pameran Korporat di ruang legar PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Dis. - UMNO harus menguasai media baharu dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar kebenaran dapat ditegakkan dan pemesongan fakta oleh pembangkang dapat ditepis daripada menggodam pemikiran rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pembohongan pembangkang tidak sahaja menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga menghakis kemasukan pelaburan luar yang memakmurkan negara.

"Sekiranya kita tidak membetulkan keadaan bagi memastikan kebenaran dapat disampaikan kepada rakyat, maka saya bimbang pemesongan maklumat dan fakta oleh pembangkang boleh menggodam pemikiran rakyat akar umbi seperti pembohongan 40,000 pengundi Bangladesh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)

"Saya pertama kali menonton klip video Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan dasar Presiden UMNO tadi, mereka kata perkara itu datang daripada blogger UMNO namun jelas ia dikatakan oleh Ketua Pembangkang," katanya selepas merasmikan Pameran Korporat bersempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembohongan pembangkang ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Ucapan dasar Presiden UMNO itu turut diselitkan dengan tayangan klip video Ketua Pembangkang yang mendakwa Barisan Nasional (BN) membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13.)

Dalam pada itu, menurut Mohd. Shafie, ucapan dasar Presiden itu juga menjelaskan strategi dan pendekatan untuk menyegarkan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan pada setiap masa dan bukan hanya pada musim pemilihan parti semata-mata.

"Kita harus mulakan persediaan dari saat ini, bukan tahun depan, bukan tahun 2016, ini mesej daripada Presiden supaya kita menggerakkan jiwa raga bagi menegakkan syiar Islam dan memperjuangkan Melayu serta bumiputera tanpa mengetepikan kaum lain, ini perjuangan kita," katanya.

Katanya, pelbagai nikmat yang diperoleh negara hari ini bukannya datang daripada pembangkang tetapi daripada keringat dan tekad kerajaan BN untuk membangunkan negara dan memakmurkan rakyat.

Beliau memberitahu, dalam ucapan dasar itu, Presiden juga tidak pernah melupakan sumbangan masyarakat Sabah dan Sarawak kepada kekuatan BN dan sebanyak enam menteri dan empat timbalan menteri dilantik dari Sabah manakala tujuh menteri dan empat timbalan menteri dari Sarawak.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluangkan masa melawat ruang Pameran Korporat yang membabitkan 26 gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.