saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

UMNO untuk orang muda - Puteri

KUALA LUMPUR 5 Dis. - UMNO akan terus menyediakan ruang seluas-luasnya kepada golongan muda sebagai bukti suara mereka turut diperlukan dalam bersama-sama membawa kemajuan kepada negara.

Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin berkata, dengan jaminan itu, golongan berkenaan tidak harus berasa terpinggir sebaliknya bebas menyuarakan pandangan dan melakukan apa yang mereka minati selagi tidak menyalahi undang-undang atau Perlembagaan negara.

Menurut beliau, berbeza dengan pembangkang, UMNO meletakkan keutamaan kepada peranan anak muda sebagai harapan untuk bersama-sama membantu membela rakyat, memartabatkan Islam dan tanah air.

"Mesej yang disampaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan beliau amat dekat di hati anak muda.

"Kita sebagai anak muda perlu berbangga kerana pemimpin negara menyandarkan harapan masa depan agama, kaum dan tanah air di tangan kita," katanya.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi membantu kerajaan merealisasikan harapan anak muda, peranan Pergerakan Puteri amat penting sebagai jambatan supaya golongan tersebut tidak berasa janggal untuk mendekati UMNO.

"Puteri adalah platform untuk menarik ahli baharu menyertai UMNO sekali gus mereka akan disuntik dengan semangat perjuangan parti dan sejarah Melayu.

"Ini penting supaya mereka faham bagaimana pemimpin terdahulu mendapatkan kemerdekaan seterusnya menjiwai dan setia terhadap parti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.