saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Malaysia bebas ajaran sesat

Fathul Bari Mat Jahaya

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan menubuhkan satu institusi khas bagi mengekang dan membendung semua ajaran sesat termasuk fahaman Syiah di negara ini.

Wakil pergerakan tersebut, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia bebas daripada sebarang ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan syariat Islam sebenar.

Untuk peringkat permulaan beliau berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya definisi Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan ditakrifkan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu direalisasikan.

''Islam di dalam Perlembagaan itu wajar diletakkan definisi yang tepat dan kemudian kita cadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu institusi untuk kita kawal dan kita kekang seluruh ajaran-ajaran sesat.

''Kadang-kala kita menghadapi masalah apabila wujudnya perbezaan antara institusi agama antara setiap negeri namun pemimpin perlu juga berfikir untuk kita selesaikan isu ajaran sesat ini,'' katanya yang juga Exco pergerakan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyokong ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Fathul Bari berkata, ketiadaan definisi Islam secara khusus kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh membuka ruang kepada ajaran-ajaran sesat menyandarkan ajaran mereka kepada Islam.

''Jadi apabila mereka gagal di Mahkamah Syariah, mereka akan pergi ke Mahkamah Persekutuan mempersoalkan Perlembagaan dan mengaku kami juga beragama Islam,'' ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fathul Bari berjaya menarik perhatian perwakilan apabila menayangkan beberapa klip video ajaran sesat antaranya melibatkan amalan-amalan pengikut Syiah.

''Ini antara contoh ajaran sesat. Semua ajaran sesat yang ditunjukkan ini terdapat dalam konteks negara kita. Pertama, syarahan seorang Imam Syiah iaitu Yasser al-Habib.

''Dia telah menuduh dan memfitnah sahabat besar Rasulullah SAW iaitu Umar al-Khattab r.a sebagai seorang homoseksual.

''Sedangkan, Umar al-Khattab r.a merupakan seorang khalifah Islam yang hebat dan disebut oleh Rasulullah sendiri bahawa syaitan tidak akan lalu jalan-jalan yang dilalui oleh Umar al-Khattab dalam bandar Madinah kerana takutkan Umar,'' katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Pemuda turut mencadangkan supaya diwujudkan satu institusi khas untuk memelihara teks hadis dalam usaha mengekang penyebaran hadis palsu.

''Kita perlu ingat antara strategi ajaran sesat ialah mereka sebarkan ideologi melalui penyebaran hadis-hadis palsu,'' katanya.

Beliau berkata, Malaysia telah pun mempunyai agensi khusus bagi mempertahankan al-Quran daripada diselewengkan dan dipalsukan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

''Agensi itu ialah Lembaga Penapisan Teks al-Quran dan dipengerusikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

''Namun kita masih ada satu lagi iaitu hadis nabi. Kita kena pelihara hadis nabi.

Hadis nabi ialah sumber agama kedua setelah al-Quran,'' katanya.

Ujar beliau, dari sudut sumber persyariatan kedudukan hadis sama dengan al-Quran tetapi dari sudut kemuliaan sudah tentu al-Quran di tempat yang tertinggi.

''Saya meminta kepada Naib Presiden parti agar mempertimbangkan cadangan ini supaya diwujudkan institusi tersebut atau dikembangkan lagi peranan Lembaga Penapisan Teks al-Quran kepada hadis Rasulullah,'' katanya.

Selain itu, beliau turut memperincikan pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam erti kata sebenar.

''Dalam satu hadis Rasulullah yang panjang yang bermaksud, akan berpecah umat ini kepada 73 kelompok kesemuanya akan masuk ke dalam neraka melainkan satu sahaja.

''Sahabat tanya Rasulullah siapa, lalu Nabi Muhammad menjawab al-jamaah. Ditanyakan lagi siapa dimaksudkan al-jamaah, sabda Rasulullah apa yang aku dan para sahabatku berdiri di atasnya pada hari ini,'' katanya.

Dalam konteks itu, Fathul Bari menjelaskan Presiden UMNO juga telah menyebut dengan jelas bahawa jalan Rasulullah dan para sahabat merupakan jalan yang perlu dijadikan ikutan oleh semua umat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.