saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Saran teori Ibn Khaldun sebagai asas - NGO

PULAU PINANG 5 Dis. - Kerajaan disaran menjadikan teras pemikiran tokoh Islam, Ibn Khaldun dalam karya agungnya, Muqaddimah sebagai asas untuk melaksanakan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat sebagai dasar utama negara.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohamad Nor Suhaili Jamali berkata, ini kerana Ibn Khaldun telah berjaya membangunkan teori-teori pendidikan dalam karyanya itu.

Pada masa sama, jelas beliau, konsep pendidikan Islam turut diterapkan dengan elemen-elemen kemasyarakatan berdasarkan pemikiran Ibn Khaldun tersebut.

"Ibn Khaldun telah menggariskan pendidikan Islam dan kaitannya dalam perkembangan susun atur masyarakat.

"Sehubungan itu, konsep Pendidikan Islam Sepanjang Hayat menurut pemikiran Ibn Khaldun amat sesuai untuk diterapkan dalam masyarakat sekarang di samping tidak mengenepikan elemen masyarakat sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara dengan kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Agama Negeri menjayakannya sebagai usaha bersama.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, menerusi dasar berkenaan, pusat-pusat pengajian Islam di peringkat komuniti boleh ditubuhkan bagi memberi peluang kepada masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu agama dengan sempurna.

Mohamad Nor Suhaili menambah, cadangan Muhyiddin itu dilihat mampu membolehkan masyarakat di luar bandar memiliki sijil berkaitan pengetahuan Islam secara formal tanpa perlu melanjutkan pengajian di institusi awam atau swasta.

Beliau memberitahu, bagi memudahkan proses pembelajaran, maka pusat pengajiannya perlu senang didatangi orang ramai seperti di masjid atau surau.

"Bagi memantapkan proses pembelajaran, dicadangkan supaya tiada konsep peperiksaan atau penilaian bertulis dibuat tetapi dilakukan secara soal jawab di antara tenaga pengajar dengan murid.

"Matlamat mendapatkan sijil pengajian bukanlah matlamat utama tetapi menarik minat umat Islam menuntut ilmu dan memahami Islam secara lebih mendalam," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.