saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Sasar 500,00 ahli baharu golongan anak muda

UTUSAN: Apakah cabaran terbesar bagi saudari selepas diberi tanggungjawab menerajui kepimpinan Puteri bagi penggal 2013- 2016?

ZAHIDA: Saya diberi tanggungjawab untuk mendapatkan seramai 500,00 ahli baharu dalam kalangan anak muda sekali gus berdaftar sebagai pemilih. Sasaran itu bukan mudah untuk dicapai tetapi saya yakin dengan kumpulan kepimpinan baharu yang ada ini, ia pasti akan berjaya dicapai.

Ramai anak muda dikatakan kurang yakin dengan Pergerakan Puteri kerana mereka menganggap hanya sebagai penyeri majlis sahaja tanpa boleh berbuat apa-apa. Jadi, bagaimanakah strategi untuk mengubah persepsi ini?

ZAHIDA: Kita telah buktikan pada PRK Sungai Limau baru-baru ini bahawa peranan Puteri amat efektif sekali. Peningkatan sokongan pengundi muda amat membanggakan. Kejayaan itu kami akan jadikan sebagai kayu ukur untuk terus bekerja dan turun padang berjumpa dengan seramai mungkin orang muda dengan menyelami masalah mereka secara dekat.

Sebagai Naib Ketua merupakan satu tugas berat, bukan mudah merealisasikan harapan pucuk kepimpinan parti untuk mendekati orang muda memandangkan saudari dan Ketua, Mas Ermieyati Samsudin merupakan orang baharu.

ZAHIDA: Saya yakin dan percaya dengan kemampuan Ketua Puteri walaupun kami antara muka-muka baharu tetapi kami sudah lama berada dalam pergerakan ini sejak di awal penubuhannya. Dari segi kerjasama dan persefahaman kerja, kami yakin dapat melaksanakan tugas ini dan akan membuktikan kebolehan kami.

Pengundi muda di bandar sukar untuk mendapat sokongan kerana mereka sudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang melalui penggunaan media sosial yang begitu meluas. Bagaimanakah peranan Puteri untuk tujuan ini?

ZAHIDA: Pergerakan Puteri sudah menubuhkan satu gerak kerja yang akan memberi fokus dalam media sosial. Kita akan kehadapan dalam menjawab pelbagai isu di samping memberikan input-input berguna kepada mereka.

Kebanyakan anak muda lebih tertarik kepada program yang dianjurkan berbanding untuk menyertai UMNO sendiri sekali gus sasaran untuk menarik sokongan kepada parti tidak tercapai. Apa komen saudari?

ZAHIDA: Kita akan melaksanakan pelbagai bentuk program mengikut fokus kumpulan tertentu yang mempunyai minat tertentu sekali gus mereka akan lebih teruja untuk menjadi ahli apabila sentiasa mendampingi setiap program yang kita anjurkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.