saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

GLC jangan lupa tanggungjawab

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Wakil Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta pengurusan tertinggi kesemua syarikat milik kerajaan (GLC) tidak melupakan tanggungjawab membantu orang Melayu.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memberitahu, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengerusi GLC sepatutnya sedar mereka mendapat jawatan itu hasil perjuangan orang Melayu melalui UMNO.

"Mereka berada di sana (menduduki jawatan) kerana orang Melayu. Sedarlah sama, tolonglah orang Melayu," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Musa menambah, GLC juga perlu mengutamakan akhbar berbahasa Melayu khususnya Utusan Malaysia dari segi pengiklanan produk atau perkhidmatan mereka kerana akhbar tersebut merupakan suara perjuangan orang Melayu.

Hal sama turut dibangkitkan wakil Perak, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie yang kecewa dengan sikap sebanyak 35 GLC di negara ini yang seolah-olah menganaktirikan Utusan Malaysia berbanding akhbar berbahasa Inggeris dan Cina.

Menurutnya, berdasarkan statistik tahun lalu, GLC membelanjakan sebanyak RM366.5 juta iklan dalam akhbar tempatan tetapi daripada jumlah itu hanya RM13.4 juta diberikan kepada Utusan Malaysia.

"Apakah komitmen ini memadai? Perbelanjaan ini amat kecil iaitu hanya 3.7 peratus tetapi dalam akhbar The Star, GLC membelanjakan RM93 juta atau 25.7 peratus manakala akhbar berbahasa Cina pula dibelanjakan RM74.5 juta.

"Akhbar ini lahir daripada perjuangan orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan. Akhbar ini lambang perjuangan orang Melayu dan seharusnya Utusan Malaysia perlu didukung GLC agar terus gagah membawa suara orang Melayu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.