saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Generasi muda perlu yakin agenda transformasi UMNO

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Generasi muda perlu diyakinkan agenda transformasi yang dibawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dijadikan wadah kepada perjuangan mereka.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) baharu, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, generasi muda juga harus diberi kefahaman falsafah dan perlembagaan UMNO berjaya mengangkat martabat Melayu dan bumiputera selain memastikan kemajuan negara terus berkembang.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah iM4U berharap, peluang berada dalam barisan Ahli MT UMNO memberi ruang kepadanya mendekati dan menyelami permasalahan generasi muda dalam ruang lingkup yang boleh ditangani UMNO.

Tambah beliau, adalah sukar untuk UMNO menyesuaikan diri dalam arus politik alaf ke-21 ketika ini yang menyaksikan generasi muda menguasai sepenuhnya teknologi maklumat dan media sosial sekiranya meminggirkan golongan itu dalam teras perjuangan parti.

"Politik tidak lagi diukur secara setempat, malah idea politik dikongsi secara majmuk di seluruh dunia.

"Jadi, tidak hairanlah trend yang wujud di seluruh dunia merangsang pemikiran dan tindakan rakyat khususnya generasi muda dalam menunjukkan mereka juga memiliki kuasa untuk membentuk arus politik tempatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor merupakan antara sembilan Ahli MT UMNO baharu yang dilantik Najib pada 29 November lalu iaitu pelantikan yang dilihat mewakili aspirasi golongan muda.

Sementara itu, Irmohizam berkata, beliau berharap mampu memainkan peranan lebih agresif sebagai Ahli MT UMNO dalam menangkis dakyah pembangkang kononnya UMNO merupakan parti ultra nasionalis.

Menurutnya, dakyah itu tidak boleh dinafikan berjaya meracuni pemikiran generasi muda pelbagai kaum termasuk orang Melayu liberal dan sekular sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap UMNO dalam konteks hubungan antara kaum.

Ditanya pengalaman sebagai Ahli MT baharu dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Irmohizam berkata, beliau mahu menggunakan peluang itu untuk bermuhasabah dan mendekatkan diri dengan ahli-ahli UMNO ke arah mempersiapkan diri serta parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Medan perhimpunan kali ini boleh digunakan sebaik mungkin supaya hala tuju dan pendekatan UMNO terus ditransformasi memandangkan itu adalah syarat utama sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu kekal sebagai pemerintah," katanya.

Beliau menambah, Perhimpunan Agung UMNO kali ini juga menjadi platform terbaik kepada semua ahli UMNO memperkemas tahap perpaduan dalam parti supaya UMNO terus menjadi parti pilihan orang Melayu khususnya dalam kalangan generasi muda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.