saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Ajar asas Mandarin, Tamil di sekolah rendah

NOZULA Mat Diah berjaya menarik perhatian perwakilan untuk memberi tumpuan kepada perbahasannya dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Dis. - UMNO Kelantan mencadangkan supaya asas bahasa Mandarin dan Tamil diajar di sekolah rendah kebangsaan dalam usaha mengukuhkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah berkata adalah suatu yang merugikan apabila orang Melayu tidak dapat menguasai bahasa-bahasa itu walaupun telah lama hidup dengan masyarakat Cina dan India.

“Kita tidak hayati bahawa orang Cina boleh berbahasa Melayu, orang India juga boleh kecek (bertutur) Melayu. Tapi kita tidak boleh kecek Mandarin atau Tamil dan ini akan menjadi masalah kepada kita pada masa hadapan," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2013, di sini hari ini.

Nozula yang begitu bersemangat berbahas menggunakan bahasa Melayu dengan loghat Kelantan, juga meminta supaya modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan sepenuhnya untuk memupuk semangat cintakan negara dalam diri remaja.

“Jadikan mereka sayang pada negara, faham dengan Perlembagaan supaya selepas ini tidak ada lagi kita lihat orang memijak bendera negara atau menghina Yang di-Pertuan Agong," kata Nozula yang mendapat sorakan gemuruh perwakilan.

Semasa membahaskan usul itu, beliau bijak mencuri perhatian perwakilan yang dilihat agak ’lesu’ pada sebelah petang, apabila memulakan bahas dengan mendendangkan bait-bait daripada lagu klasik Bunga Tanjung dendangan Eddy Silitonga.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin juga begitu sporting mendendangkan lagu itu bersama-sama dengan Nozula.

Nozula sekali lagi mendapat tepukan gemuruh perwakilan apabila menyebut nang bo ti nang kui bo ti kui, dialek Hainan yang bermaksud ‘orang bukan orang, hantu bukan hantu’ untuk merujuk kepada pembangkang yang menurutnya tidak perlu ditakuti.

“Apa yang perlu kita takuti ialah golongan yang tikam belakang. Manusia yang paling bahaya ialah mereka yang dengki. Orang sebeginilah yang menjadi sampah dalam perjuangan kita," tegasnya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.