saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Lantik menteri khusus perkasa ekonomi bumiputera

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Cadangan pelantikan segera menteri khusus untuk pemerkasaan dan memimpin ekonomi golongan bumiputera dilihat penting bagi memastikan hala tuju ekonomi golongan tersebut dapat direalisasikan.

Naib Presiden, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Ab. Rahim Abu Bakar berkata, cadangan tersebut sudah lama diperkatakan dan kini adalah masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

"Saya menyokong cadangan tersebut dilaksanakan dengan secepat mungkin ekoran pelbagai isu timbul seperti isu syarikat milik kerajaan (GLC) yang dilihat tidak memainkan peranan memperkasa ekonomi bumiputera.

"Kita perlu berterima kasih kepada wakil Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun kerana prihatin dalam membangkitkan isu ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairul Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO dalam ucapannya sempena Perhimpunan Agung UMNO semalam mencadangkan melantik segera menteri khusus untuk merancang, melaksana dan memantau dasar serta program di bawah agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, cadangan dibangkitkan itu perlu diambil serius supaya usaha memperkasa ekonomi bumiputera dapat berjalan lancar.

"Ini merupakan cadangan yang sangat bagus dan penting untuk mewujudkan golongan bumiputera dan Melayu terpimpin dan berdaya saing daripada segi ekonomi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.