saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Ahli akademik universiti jangan membisu ketika rakan kutuk pemimpin negara

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Golongan Naib Canselor dan kakitangan kanan universiti tidak boleh membisu dan terus berada dalam kelompok silent majority ketika ada antara kawan-kawan mereka menghentam dan mengutuk kepimpinan negara.

Wakil Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, sebaliknya golongan cerdik pandai itu perlu bertanggungjawab menjelaskan pelbagai isu yang memfitnah kerajaan sehingga ada antara pelajar terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak pembangkang.

Katanya, mereka sepatutnya perlu bijak mencari platform baharu yang tampak lebih genius untuk mengemukakan wadah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terbukti lebih banyak membawa kebaikan kepada nusa dan bangsa.

‘‘Mereka seharusnya diberi tugas dan amanah untuk menggunakan seluruh kepandaian akademik dan kebijaksanaan daya pemikiran dan intelek mereka untuk menjadi pengurus kempen kepada UMNO dan BN.

‘‘Naib Canselor dan kakitangan kanan universiti usahlah mudah terlupa asal-usul apabila sudah berada di ‘singgahsana’. Tanpa ada UMNO dan dasar kuota bumiputera, mereka belum tentu layak berada di sana," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, ahli-ahli akademik perlu turut bertanggungjawab sekiranya UMNO dan BN menghadapi masalah untuk memenangi hati pengundi muda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.