saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Idris maafkan Cina Melaka

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Dengan semua maklum sokongan pengundi Cina Melaka kepada Barisan Nasional (BN) tidak sampai 15 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk mengakibatkan Ketua Menterinya kalah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Idris Haron hari ini bersedia melupakan perkara itu dan mengajak mereka kembali bersama BN.

Malah, Idris yang juga Ketua Menteri Melaka menggantikan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang kecundang di Parlimen Bukit Katil Mei lalu, bersedia memaafkan masyarakat Cina yang dilihat seolah-olah terhukum akibat 'insiden' keputusan PRU-13.

"Untuk saya mengatakan mereka bersalah kerana tidak menyokong BN, tidak. Tetapi sekarang saya mahu mereka kembali kepada BN, sekurang-kurangnya saya mahu 60 peratus bersama saya bagi merampas kembali kerusi yang kita kalah.

"Ini bukan soal menuding jari mencari kesalahan. Lihat masa lalu dan menuding jari tidak akan mampu bawa kepada penyelesaian. Jadi sekarang saya bersedia berikan kemaafan dan lupakan. Mari kita bekerja bersama-sama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat bilik operasi RTM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Menurut Idris, jika maaf dan melupakannya satu-satunya cara terbaik untuk komuniti berbilang kaum dapat duduk bersama-sama demi membangunkan Melaka dan berhadapan PRU-14, maka langkah itu perlu dilakukan.

"Apabila BN gagal membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga pada PRU-13, ramai menuding jari kepada kaum Cina dan situasi itu juga menunjukkan hal sama dengan MCA sendiri tidak benarkan wakil rakyatnya mengambil jawatan kerajaan, seolah-olah satu hukuman kepada orang Cina setelah melakukan kesalahan.

"Maka di peringkat negeri Melaka, jika mahukan kemaafan, kemaafan saya beri. Yang lebih penting bersama-sama BN. Lihatlah pencapaian kita selama ini, marilah kita satukan hati, satukan tindakan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.