saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Gelagat Badruddin hidupkan suasana

Badruddin Amiruldin

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Bukan mudah untuk mempengerusikan sesi perbahasan, namun Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin sentiasa mampu 'menghidupkan' suasana Perhimpunan Agung UMNO dengan celoteh, usikan dan jenakanya.

Perhimpunan kali ini juga menyaksikan beliau tidak kurang gelagatnya bagi mewujudkan suasana seronok dan ceria.

Antara perwakilan yang menjadi usikan beliau ialah wakil UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini sehingga mengundang hilai tawa hadirin yang mengikuti perhimpunan itu.

Pada satu ketika, mungkin kerana kurang jelas dengan sebutan rakan lamanya itu, Badruddin secara berseloroh meminta Musa menjauhkan sedikit mikrofon supaya peralatan pembesar suara tersebut tidak memasuki mulutnya.

Permintaan itu membuatkan Musa terdiam dan memandangnya, sebelum Badruddin kembali mengusiknya.

"Di mana juruteknik, minta jauhkan sedikit mikrofon itu," katanya yang disambut dengan gelak ketawa hadirin.

Tidak terhenti setakat itu, Musa sekali lagi diusik Badruddin pada penghujung ucapannya apabila Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berkenaan ingin menyampaikan satu cerita kerana mendakwa beliau tidak pandai menyanyi.

Mendengar kata-kata itu, Badruddin terus mencelah dengan menyatakan 'sokongan' kepada Musa agar tidak menyanyi kerana sudah berusia.

"Tak usah nyanyi, malu dengan anak cucu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.