saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Tidak perlu apologetik ulama bersama UMNO

KUALA LUMPUR 5 Dis. - UMNO tidak perlu apologetik dalam perjuangannya melaksanakan syariat Islam dan perlu terus melantik muka baharu daripada kalangan ulama ke dalam Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

Ahli MT UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dalam keadaan Pas yang semakin meminggirkan pengaruh golongan ulama, UMNO perlu kekal dengan hala tuju memperkukuhkan kedudukan Islam.

"Pelantikan muka baharu golongan ulama ke dalam MT diharap dapat membantu UMNO memperincikan hala tuju perjuangan Islamnya, UMNO jangan apologetik.

"Dalam keadaan Pas seperti mahu mengurangkan pengaruh suara ulama dalam parti, UMNO mungkin akan dilihat melakukan perkara terbalik iaitu mengukuhkan kehadiran ulama dalam parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Puad, perjuangan UMNO dalam pelaksanaan syariat Islam memerlukan perincian agar masyarakat tidak terus terpedaya dengan label Islam yang kononnya dibawa oleh Pas.

"Apabila bersara daripada jawatan tinggi dan mula menghabiskan masa di surau dan masjid, hati banyak orang lebih tertambat dengan Pas, mereka mula tidak nampak perjuangan UMNO melaksanakan syariat Islam.

"Hipokrit Pas dalam isu Islam mereka tidak kisah sebaliknya UMNO tetap dituduh parti yang tidak Islamik, ketegasan UMNO mempertahankan kalimah Allah diperlekehkan tetapi dolak-dalih Pas dalam isu hudud dianggap fitnah UMNO, pokoknya, Pas terselamat kerana branding Islam yang ada pada parti tersebut," katanya.

Jelasnya, dalam konteks UMNO memperkukuhkan kedudukan Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, usaha perlu dilakukan untuk menambah baik dan memperbanyakkan lagi institusi Islam terutamanya yang berkaitan dengan ekonomi.

"Apa pun, ulama yang mahu dibawa masuk ke dalam MT mestilah ulama progresif, bukannya ulama yang suka menghukum, ulama yang mahir tentang 'siyasah syariyyah', maka usaha memperincikan hala tuju perjuangan Islam oleh UMNO pasti berjaya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.