saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Calon bertanding mesti letak deposit

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Seorang perwakilan mencadangkan ahli UMNO yang ingin bertanding jawatan penting dalam pemilihan parti disyaratkan meletakkan deposit seperti yang diamalkan dalam pilihan raya umum.

Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah berkata, syarat bertanding perlu diperketatkan supaya orang yang mahu bertanding, menilai kemampuan diri sendiri terlebih dahulu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju berkata, apa yang lebih penting, pendekatan itu dapat mengelakkan berlakunya perpecahan besar dalam kalangan ahli di peringkat bawah terutamanya bahagian yang tentunya mengambil masa untuk dipulihkan.

"Saya cadangkan calon-calon yang hendak bertanding bagi tiga jawatan tertinggi di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) meletakkan deposit. Kalau misalnya mereka tidak mencapai 20 peratus daripada undi, maka hilang deposit dan mereka tidak layak memegang apa-apa jawatan di peringkat yang dipertandingkan.

"Kalau ini berlaku, sekurang-kurangnya calon yang bertanding akan tahu mengukur baju di badan sendiri," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie mencadangkan pembinaan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia di Wilayah Persekutuan dipercepatkan dan harganya dikaji semula agar mampu dibeli oleh golongan sasar.

"Janganlah harga rumah sampai RM250,000 dan RM300,000 sebuah. Bunyi macam kecil tetapi susah hendak jual kepada orang muda terutama yang baru bekerja dan berkahwin. Akhirnya, rumah ini akan dibeli oleh orang lain yang tidak layak membelinya," katanya.

Beliau juga meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO mengkaji semula kenaikan cukai pintu bagi rumah kediaman kos rendah termasuk rumah flat yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.