saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 06/12/2013

Kerajaan ambil serius isu bumiputera dalam GLC

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Pelbagai usul, cadangan dan teguran perwakilan Umno di Perhimpunan Agung UMNO 2013 terhadap peluang Bumiputera dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diambil serius untuk tindakan lanjut.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata adalah menjadi satu keperluan untuk GLC menempatkan wakil mereka ke perhimpunan atau majlis supaya cadangan boleh dimajukan kepada kepimpinan tertinggi mereka.

"Kita sedar perwakilan membangkitkan pelbagai isu berkaitan GLC seperti peluang pekerjaan, penglibatan wanita, memajukan ekonomi usahawan Bumiputera, kewangan, program tanggungjawab korporat dan sebagainya.

"Ini semua turut menjadi catatan saya. Kita ambil berat dan memandang serius apa yang dibangkitkan," katanya selepas melancarkan buku "Menggilap Pemidato Hebat" tulisan Budiman Mohd Zohdi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, buku tersebut akan diedarkan kepada bahagian dan cawangan Umno sebagai sumber rujukan dalam melahirkan pemidato terhebat parti.

Jelasnya, parti kekurangan pemidato yang mampu menjelaskan pelbagai fakta berkaitan sesuatu isu kepada umum serta menangkis serangan pembangkang. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:33
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.