saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Kuasa bakal berakhir

DI SEBALIK kesibukannya mendengar luahan perwakilan, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa menatap Utusan Malaysia selain mendapatkan khabar terkini masalah banjir di Kuantan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Penguasaan politik Melayu akan berakhir dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak sekiranya cabaran-cabaran getir yang dihadapi bumiputera dalam bidang ekonomi akibat arus globalisasi tidak ditangani segera oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, wakil Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pemerkasaan agenda ekonomi bumiputera kerana tidak mustahil sokongan orang Melayu pada pilihan raya umum lalu bakal berubah jika mereka tidak hargai.

Katanya, kalau bukan UMNO yang mengambil tanggungjawab menjulang agenda ekonomi bumiputera selaras dengan dokongan orang Melayu pada pilihan raya umum lalu, tiada parti politik lain lagi berkemampuan untuk melaksanakan harapan besar itu.

"Adalah suatu tragedi dan kezaliman jika bumiputera yang merupakan pribumi terbesar mencecah hampir 70 peratus penduduk negara ini dibiar tersasar daripada penguasaan ekonomi yang sepatutnya menjadi hak mereka apatah lagi ketika ini ramai Melayu masih miskin.

"Jadi menjadi kewajipan UMNO membela dan memperkasa agenda ekonomi bumiputera semasa kita masih berpeluang dan berkuasa untuk berbuat demikian. Jika tidak, kelangsungan ekonomi dalam beberapa tahun akan datang melarat kepada kelangsungan politik.

"Jika Melayu hampa tidak mustahil mereka menolak UMNO. Pada masa itu, nasi sudah jadi bubur dan lautan air mata sudah tak berguna. Jadi peluang yang ada jangan dipersiakan," katanya semasa mencadangkan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Usul ekonomi tersebut bertajuk 'Menginsafi Peripenting Ekonomi Negara Terus Dipacu Untuk Mencapai Status Negara Maju Berpendapatan Tinggi Menjelang 2020' dan mengandungi lapan usul bagi menuntut komitmen kerajaan mengangkat martabat ekonomi bumiputera.

Dalam pada itu, Awang Adek yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan berkata, seluruh ahli dan pemimpin UMNO perlu insaf bahawa implikasi kepada masalah kelangsungan ekonomi bumiputera sangat menakutkan, apatah lagi masa semakin suntuk sebelum tirai 2020 menjelma.

Tegasnya, kerajaan ternyata responsif terhadap kehendak orang Melayu yang telah sekian lama berlabuh di hati sanubari mereka dalam konteks ekonomi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak bersikap apologetik untuk terus memperkasakan ekonomi bumiputera.

"Kita amat menghargai komitmen dan keberanian Presiden menjadikan agenda pemerkasaan bumiputera sebagai agenda nasional. Terima kasih juga kerana menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan unit bumiputera di setiap kementerian," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Awang Adek menyarankan sebuah badan audit bebas ditubuhkan segera bagi membolehkan audit dibuat ke atas semua program pemerkasaan ekonomi bumiputera oleh syarikat milik kerajaan (GLC), kementerian serta agensi kerajaan.

Menurutnya, langkah itu perlu untuk memastikan kesungguhan ada pada setiap GLC, kementerian serta agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab membantu bumiputera ketika melaksanakan peranan serta menilai sama ada indeks petunjuk prestasi (KPI) tercapai atau tidak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.