saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

67.9% aras pemerkasaan ekonomi bumiputera

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Program pemerkasaan ekonomi bumiputera perlu dilaksanakan tanpa sebarang sikap apologetik dan berteraskan pada komposisi 67.9 peratus penduduk bumiputera di negara ini sebagai penanda aras baharu.

Wakil Melaka, Datuk Akbar Ali berkata, sasaran 30 peratus hanya sesuai untuk zaman Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dan sasaran peratusan baharu mesti diperkemas kini mengikut jumlah sebenar masyarakat bumiputera.

"Kalau mengikut fakta, pendapatan kasar isi rumah bulanan kaum bumiputera hanya 59.2 peratus berbanding kaum-kaum lain pada masa ini, tidak sampai langsung 67.9 peratus," katanya ketika membahaskan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut beliau, masyarakat bumiputera ketinggalan dalam banyak perkara antaranya penyertaan golongan profesional hanya 44.7 peratus, pemilikan ekuiti (23 peratus), premis industri (4.5 peratus), bangunan perdagangan (5.4 peratus), dan rumah kediaman (42.5 peratus).

Jelasnya, apa yang lebih mengejutkan ialah pemilikan tanah bumiputera di salah sebuah negeri ialah 42.5 peratus sedangkan wasiat raja-raja Melayu adalah 50 peratus tanah untuk bumiputera manakala 50 peratus lagi untuk direbut masyarakat bumiputera dan kaum-kaum lain.

"Tanah adalah paksi kepada segala-galanya dalam sebuah negara bangsa, Melaka memohon agar mendapat penerangan kedudukan sebenar pemilikan tanah berdasarkan negeri mengikut kaum," katanya.

Menurut beliau, kebimbangan juga diutarakan terhadap jurang melebar terhadap kedudukan ekonomi antara masyarakat bumiputera dengan kaum Cina selepas tahun 2009

"Pada 2009, bagi setiap isi rumah bumiputera yang memiliki RM1, isi rumah Cina memiliki RM1.38 sen tetapi jumlahnya telah melebar pada 2012 dengan setiap RM1 dimiliki bumiputera, Cina pula RM1.45 sen, kesannya cukup besar walaupun hanya lima sen," katanya.

Katanya, Melaka mengesyorkan beberapa cadangan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera antaranya menyokong iltizam parti memelihara keistimewaan Melayu dan bumiputera, menegaskan keseimbangan antara pertumbuhan dan agihan serta membina aset mampu bilik dan rumah mampu milik.

Jelas beliau, Melaka juga mencadangkan kerajaan menyemak semua dasar subsidi yang hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya dan memberi tumpuan penuh kepada golongan 'makan gaji' yang mewakili 69 peratus bumiputera berbanding 27 peratus bekerja sendiri dan hanya dua peratus menjadi majikan.

"Kedudukan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera sebagaimana dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah ditegah daripada dipersoalkan kerana perkara itu bertentangan dengan semangat Perlembagaan.

"Ini kerana selama ada matahari dan bulan, anak cucu imigran akan terus menikmati kerakyatan di bawah Perkara 3 Perlembagaan, kenapa pula Perkara 153 hendak dirobek dan dimansuhkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.