saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Mahasiswa kemuka tiga cadangan

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Mahasiswa Nasional mengemukakan tiga cadangan dalam usaha membantu kerajaan menjayakan gagasan memperkasakan ekonomi bumiputera seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lalu.

Wakilnya, Mohd. Afifi Mohd. Aris berkata, langkah pertama dengan menubuhkan Skim Simpanan Tetap Perumahan (SSTP) bagi membantu golongan mahasiswa bumiputera mendapatkan rumah sejurus memasuki lingkungan usia tertentu dengan menabung sejak kecil.

"Skim ini akan menjadi titik kesedaran awal mahasiswa dan ibu bapa tentang kepentingan pemilikan aset untuk meningkatkan kualiti hidup orang Melayu dan bumiputera," katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah menambah baik fungsi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan memberi nafas baharu yang lebih menjaga kebajikan mahasiswa.

Sambil mengakui PTPTN sebagai inisiatif penting kerajaan untuk membantu penuntut kurang berkemampuan, beliau meminta supaya tabung itu mencontohi mekanisme yang diguna pakai dalam pinjaman beberapa kerajaan negeri yang menetapkan, umpamanya diskaun 10 peratus kepada peminjam memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.3 hingga 3.49.

"Diskaun lima peratus bagi pelajar konsisten yang mendapat CPGA 3.0 ke atas selain diskaun yang diberikan sekarang apabila peminjam membayar balik pinjaman secara konsisten setiap tahun," katanya yang merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang.

Cadangan ketiga ialah supaya syarikat milik kerajaan (GLC) diberikan indeks prestasi utama (KPI) berbentuk pemenuhan kuota agar bertindak lebih progresif untuk membantu memberi ruang kepada mahasiswa bumiputera menjalankan latihan industri di syarikat berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.