saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Ambil kira kepentingan marhaen

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Program transformasi yang dilaksanakan kerajaan mesti mengambil kira kepentingan orang Melayu khususnya golongan marhaen.

Wakil Melaka, Mustafa Musa berkata, proses transformasi tidak membawa sebarang makna kepada orang Melayu sekiranya kepentingan golongan tersebut diabaikan.

"Inilah masanya untuk UMNO dan kerajaan membalas budi penduduk kampung seperti petani dan nelayan yang merupakan pengundi tegar Barisan Nasional (BN).

"Jadi, kita berharap kerajaan tengok-tengoklah kenaikan harga barangan dan tarif elektrik," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Mustafa menyeru kepada rakyat khususnya para pelajar institusi pengajian tinggi agar jangan membiarkan diri mereka dimomokkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, mereka sepatutnya sedar bahawa segala yang dimiliki Anwar kini adalah hasil perjuangan UMNO.

"Jangan berlagak seperti anak jantan, keris patah jiwa terkorban," ujarnya.

Mustafa turut menyarankan supaya Biro Latihan UMNO dan Biro Tata Negara (BTN) diberi wajah baharu dengan tanggungjawab melahirkan belia-belia yang memiliki nilai-nilai terpuji serta berjiwa Melayu.

"Contohnya, Melaka sehinggakan Ketua Pembangkang (dari DAP) akur terkunci dengan kebijaksanaan pemimpin muda (Datuk Seri Idris Haron).

"Ketua Pembangkang Melaka dilucutkan hak (keahlian) hanya kerana rakam usul terima kasih dan kekaguman kepada Ketua Menteri (Idris) sehinggakan hari ini satu-satunya DUN yang tidak ada ketua pembangkang adalah Melaka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.