saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

'Musuh tidak pernah berhenti'

Perwakilan dan orang ramai yang hadir solat Jumaat yang diimamkan Sheikh Dr. Khalid Ali Al Ghomidi di Surau Ar-Rahman sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Khalid Ali Al-Ghamidi hari ini memberi peringatan bahawa musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti daripada usaha memecah-belahkan golongan muslimin demi melemahkan kekuatan agama suci itu.

Beliau berkata, sehingga kini musuh-musuh Islam terus berusaha ke arah itu menyebabkan ada dalam kalangan umat Islam sendiri mula tidak yakin dengan agama itu.

Sehubungan itu, beliau yang juga digelar Imam al-Haramain meminta umat Islam meningkatkan lagi kesatuan serta perpaduan atas nama Allah supaya Islam dapat terus dipertahankan sehingga akhir zaman.

''Inilah yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Mereka mahu menghakiskan keyakinan pegangan Islam dalam kalangan umat Islam.

''Mereka tidak berhenti, sebaliknya mereka terus berusaha mencari jalan untuk memecah-belahkan umat Islam,'' katanya dalam khutbah Jumaat di surau Ar-Rahman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Beliau yang berada di Malaysia sebagai tetamu negara diberikan penghormatan menjadi imam dan khatib Jumaat di surau itu.

Turut menunaikan solat Jumaat ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Ketika menjadi imam, Sheikh Khalid turut membacakan qunut nazilah berikutan berlakunya banjir besar di beberapa buah negeri di Malaysia ketika ini.

Dalam pada itu, Sheikh Khalid dalam khutbahnya juga mahu setiap umat Islam berkasih sayang antara satu sama lain dan bersikap tegas terhadap orang kafir sejajar dengan firman Allah dalam surah al-Fath ayat ke-29.

Sheikh Khalid turut mengingatkan kepada semua jemaah supaya sentiasa berpegang teguh dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, antara pegangan utama ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah menyintai Rasulullah, keluarga dan semua sahabat baginda.

Dalam konteks sahabat Rasulullah katanya, baginda menyintai golongan tersebut dan melarang keras sebarang cercaan dilemparkan terhadap mereka.

Malah, kata beliau, Rasulullah pernah menyebut bahawa semulia-mulia makhluk selepas baginda ialah Abu Bakar as-Siddiq diikuti Umar al-Khattab al-Faruq, Uthman al-Affan, Ali Abu Talib dan diikuti oleh semua sahabat lain.

Beliau berkata, para sahabat Rasulullah itu merupakan generasi awal Islam dan jasa mereka terhadap penyebaran serta pengembangan Islam adalah terlalu besar dan tidak ternilai

''Oleh itu jangan dicerca sahabat-sahabat Rasulullah kerana merekalah yang menjadi pendukung kepada tersebarnya Islam hingga ke hari ini. Mereka sanggup mengorbankan harta dan nyawa demi menegakkan Islam dan demi mempertahankan Rasulullah.

''Rasulullah juga pernah bersabda tanda-tanda keimanan ialah mereka yang menyayangi golongan Ansar dan tanda-tanda munafik ialah mereka yang memusuhi Ansar,'' katanya lagi.

Di dalam khutbahnya, beliau turut menyentuh mengenai konsep kesederhanaan atau wasatiyyah yang kini menjadi pegangan di Malaysia.

''Sebagai negara Islam contoh, saya yakin Malaysia mampu meluaskan lagi pelaksanaan konsep wasatiyyah ke seluruh dunia,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.