saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Bawa masuk usul Sunnah Wal Jamaah dalam perlembagaan

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

“Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan Sunnah Wal Jamaah dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua buah buku hasil tulisan Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib iaitu isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Cadangan itu dibuat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno yang sedang berlangsung di sini.

Ahmad Zahid berkata, dengan memasukkan perkataan itu, tiada penganut agama Islam yang mempunyai fahaman lain dibenarkan mengembangkan fahaman mereka selain Sunnah Wal Jamaah. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.