saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Islam bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang diberi tanggungjawab membentangkan usul agama dan pendidikan meminta Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Islam sebagai Agama Persekutuan ditakrifkan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Wakilnya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, langkah itu perlu kerana Islam bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah mampu menjadi benteng kukuh daripada sebarang usaha penyelewengan terutama oleh mana-mana ajaran sesat.

Beliau berkata, usaha tersebut akan melibatkan pindaan ke atas fasal tiga Perlembagaan Persekutuan.

''Kita mahu Islam yang bertunjangkan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dicatatkan sebagai satu kandungan rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.

''Kita mahu memastikan tiada lagi pengikut-pengikut ajaran sesat dengan mudah mereka mengaku Islam.,'' katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menyentuh isu sama, Shabudin turut mencadangkan supaya Perlembagaan parti diubah melibatkan perkara 3.3.

Beliau berkata, dalam fasal tersebut perlu ditukarkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai agama Persekutuan.

''Kemudian perlu juga satu lagi pindaan dalam Perlembagaan kita iaitu Islam yang bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,'' katanya.

Selain itu Shabudin berkata, konsep wasatiyyah yang menjadi teras pentadbiran negara perlu dipertahankan kerana sejajar dengan tuntutan Islam.

Dalam pada itu, beliau turut membidas kenyataan bekas seorang pemimpin utama Kelantan yang menyatakan selepas 23 tahun baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kedatangan pemimpin dari negeri itu.

''Kenyataan ini tidak betul kerana sebelum Menteri Besar baharu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menemui Perdana Menteri, telah berlaku beberapa pertemuan dengan orang yang saya maksudkan ini dengan Perdana Menteri.

''Saya mempunyai kronologi pertemuannya dengan Perdana Menteri kita antaranya pada 14 Januari 1999, 29 Oktober 2007 dan 1 Ogos 2009,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.