saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Imam Mekah puji ketegasan Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Khalid al-Ghamidi mengakui Malaysia sebagai negara Islam pertama yang secara tegas meletakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai teras pegangan Islam di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dinyatakan Sheikh Khalid di dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan oleh Sheikh Khalid itu sebenarnya sejajar dengan ketegasan kerajaan memastikan hanya aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi pegangan umat di Malaysia.

''Berbanding negara seperti Syria, Qatar dan beberapa negara Arab lain, ketegasan Malaysia cukup terserlah. Kita tidak pernah mengambi kira fahaman lain kecuali Ahli Sunnah Wal Jamaah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau turut hadir pada pertemuan antara Perdana Menteri dan Sheikh Khalid itu.

Asyraf Wajdi berkata, di negara Arab lain, mereka mengambil kira kedudukan fahaman lain seperti Syiah.

''Ini yang menyebabkan Sheikh Khalid kagum dengan ketegasan Malaysia dalam hal ini. Kita menyatakan yang Malaysia tidak pernah memberi ruang sedikit pun kepada mana-mana fahaman.

''Fahaman yang kita iktiraf hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.