saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Tingkat ekonomi isi rumah bumiputera

Norsabrina Mohd. Noor

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan disaran memberi penekanan kepada isu ekonomi isi rumah orang Melayu serta bumiputera, bukan hanya menumpukan kepada isu perindustrian dan perdagangan semata-mata.

Wakil Puteri UMNO, Datin Norsabrina Mohd. Noor berkata, fakta menunjukkan pendapatan isi rumah orang Melayu dan bumiputera menerusi sektor perniagaan hanya 25 peratus berbanding 75 peratus yang makan gaji.

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu berkata, usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi tidak bermakna sama sekali sekiranya masih ramai orang Melayu berada di bawah garis kemiskinan.

"Apalah gunanya mendabik dada dan mengisytiharkan kita akan menjadi negara berpendapatan tinggi kalau masih ada sanak-saudara serta sahabat yang masih bergaji kecil, merempat dan tidak mampu memiliki rumah.

"Menginsafi hakikat ini, Pergerakan Puteri UMNO amat menyokong Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan 14 September lalu dan berharap isu ekonomi isi rumah juga dapat terus ditingkatkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Norsabrina turut tampil dengan fakta-fakta menarik tentang pendapatan serta pemilikan harta orang Melayu dan bumiputera.

Menurut beliau, data menunjukkan sebanyak 40 peratus isi rumah terbawah dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera hanya berpendapatan RM1,700 sebulan.

"Ini bermakna jika sepasang suami isteri bekerja, jumlah pendapatan bulanan masing-masing hanya RM850, ternyata di bawah angka gaji minimum manakala pendapatan orang Melayu di kawasan luar bandar pula jauh lebih rendah dengan anggaran RM1,300 sebulan.

"Lebih malang, golongan inilah yang kuat dan masih menyokong UMNO. Sangat dikesali, walaupun pelbagai dasar telah dibuat, kaedah pelaksanaannya masih belum lagi sampai ke tahap memuaskan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.