saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Hanya UMNO mampu bela Melayu

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Orang Melayu Islam tidak harus melatah dengan luahan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Melayu sebaliknya perlu muhasabah diri melihat parti mana yang mampu menjaga kepentingan bangsa dan agama.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, penduduk majoriti di negara ini juga perlu berfikir apakah mereka bersedia untuk menumbangkan UMNO jika merasakan ada yang boleh menggantikan peranan parti itu demi kelangsungan bangsa pada masa hadapan.

''Orang Melayu perlu menjawab persoalan itu secara jujur dan tenang tanpa emosi dan bertanya balik adakah ada parti lain yang boleh menjaga kepentingan Islam dan Melayu sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial lebih baik daripada UMNO?

''Sekiranya ada, apakah sama apa yang UMNO lakukan berdasarkan rekod cemerlang yang telah diperlihatkan selama ini selain komitmen dan janji UMNO pada masa akan datang?," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam menegaskan parti itu menjadi sandaran dan harapan orang Melayu melakar kejayaan masa depan lebih cemerlang.

Justeru, Perdana Menteri yang memperoleh mandat sekali lagi sebagai Presiden dalam pemilihan Oktober lalu melontarkan persoalan apakah yang akan terjadi kepada orang Melayu tanpa UMNO.

Bagi Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fadzil Che Din, apa yang diperkatakan oleh Najib adalah realiti yang tidak boleh dinafikan oleh orang Melayu kini yang semakin longgar, kurang dan luntur perjuangan untuk bangsa dan tanah air.

Sedangkan katanya, majoriti rakyat Malaysia yang bukan sahaja orang Melayu sememangnya terhutang budi dengan UMNO namun oleh kerana wujudnya segelintir golongan yang terhutang budi dengan pembangkang maka mereka memilih untuk memfitnah UMNO.

''Kesan daripada fitnah dan momokan daripada pihak yang berniat jahat itu akhirnya berjaya menjahanamkan pemikiran orang Melayu khususnya mereka yang tidak terlalu berpihak pada UMNO.

''Sikap orang Melayu pula mudah lemah dan percaya, walaupun pada hakikatnya momokan tentang UMNO itu datang dari mereka di jalanan yang tidak percaya pada agama dan bangsa dan paling teruk mempunyai agenda tersendiri. Akhirnya yang rugi orang Melayu itu sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berpandangan orang Melayu hanya berkecil hati dengan sikap segelintir pemimpin dalam UMNO yang semakin lupa untuk membalas jasa orang Melayu yang majoritinya tidak pernah gagal memberi sokongan kepada UMNO sejak dahulu.

''Contohnya pada pilihan raya lepas, sokongan orang Melayu sebenarnya telah meningkat kepada UMNO berbanding sebelum ini. Tetapi ada pemimpin yang ambil sambil lewa kerana yakin dengan orang Melayu dan memberi tumpuan kepada kaum lain. Ini kesilapan yang perlu diperbetulkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.