saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Pengiktirafan Najib kepada Utusan

NAJIB Tun Razak menandatangani dan menulis kata-kata semangat pada poster senarai Ahli Majlis Tertinggi (MT) sewaktu berkunjung ke bilik operasi Utusan Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Dis. - 'Utusan cerminan roh perjuangan UMNO', titip Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menukilkan kata-kata hikmah pada poster senarai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di bilik operasi Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam lawatan singkat tersebut, Presiden UMNO itu kemudian mengulas berita utama muka depan Utusan Malaysia hari ini bertajuk 'Di manakah Melayu tanpa UMNO' yang disifatkan sebagai menepati intipati ucapan dasar beliau sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam.

''Muka depan Utusan Malaysia hari ini amat baik, menggambarkan (keseluruhan) apa yang ingin disampaikan semalam, itulah 'roh' ucapan saya,'' kata Najib kepada barisan pengarang kanan Utusan Malaysia yang menyambut ketibaan beliau.

Perdana Menteri kemudian turut meluangkan masa bertanya khabar dan bergambar bersama para petugas akhbar ini.

Selain bilik operasi Utusan Malaysia, Najib seperti mana kebiasaan pada setiap Perhimpunan Agung UMNO turut melawat Laman Media di aras dua PWTC.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melawat bilik operasi Utusan Malaysia dan kemudiannya menitipkan pesanan keramat di poster senarai Ahli MT UMNO.

Dalam tulisan jawi yang dimulakan dengan kalimah Bismillahirahmanirahim, Muhyiddin menulis kata-kata, "Teruskan perjuangan Utusan, penyambung lidah orang Melayu," sebagai pesanan kepada warga kerja Utusan.

Muhyiddin juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan kakitangan Utusan selain meluangkan masa bergambar bersama.

Bilik Operasi Utusan Malaysia juga menerima kehadiran Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamad Aziz yang memberi kata-kata semangat kepada warga Utusan.

"Utusan Melayu adalah pejuang Melayu dahulu, kini dan selamanya," pesanan yang dinukilkan beliau dalam tulisan jawi pada poster berkenaan.

Sementara itu, beberapa Ahli MT UMNO turut melawat bilik operasi Utusan Malaysia hari ini antaranya Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Datuk Irmohizam Ibrahim, Datuk Sohaimi Shahadan, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Mereka turut menurunkan kata-kata perangsang di poster berkenaan dengan Abdul Rahman menulis 'Utusan dan UMNO berpisah tiada' manakala Ab. Aziz menulis 'Tahniah atas sumbangan kepada berita-berita untuk pengetahuan rakyat akar umbi'.

Irmohizam pula menitipkan 'Pena Utusan ibarat pedang, teruskan menjaga umat Melayu' dan Sohaimi pula menitipkan, 'Terima kasih Utusan, jasa dan sumbangan tidak ternilai'.

'Terima kasih dan tahniah atas kecekalan memperjuang dan mempertahankan maruah Melayu' pula kata-kata perangsang daripada Ibrahim manakala Asyraf menulis 'Jangan malu untuk perjuangkan Melayu dan Islam'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.