saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

'Perjuangan tidak pernah menyimpang'

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Perjuangan UMNO tidak pernah menyimpang daripada menjadi nadi dan tulang belakang kepada kecemerlangan orang Melayu walaupun setelah lebih 67 tahun ditubuhkan.

Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar turut menyifatkan parti itu sebagai tonggak kekuatan orang Melayu untuk terus bernafas dan berdiri megah di bumi sendiri.

“UMNO sememangnya telah terbukti sebagai satu-satunya parti yang mampu menjadi sandaran dan harapan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu seperti mana yang ditegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Oleh itu, pihak kami yang mewakili gabungan 286 NGO Melayu dengan keahlian lebih 2.7 juta orang akan terus memberi sokongan padu kepada UMNO supaya parti yang telah berjasa kepada orang Melayu ini akan terus kekal memacu kemajuan negara dan memastikan anak Melayu terus menjadi tuan di tanah mereka sendiri," ujarnya.

Perkara tersebut turut dipersetujui Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd. Rahman yang menyifatkan UMNO sentiasa sensitif menjaga kepentingan agenda bumiputera berbanding parti politik yang lain.

“Tanpa kita sedari, politik retorik pembangkang telah menarik perhatian dan memerangkap ramai golongan muda kerana banyak janji yang ditaburkan disukai oleh generasi itu.

“Namun, kami sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu akan membantu memulihkan kembali sokongan generasi muda kepada UMNO kerana sumbangan besar parti itu kepada agenda Melayu tidak boleh dipertikaikan kerana telah terbukti sejak sekian lama," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohd. Rapiee berkata, keseluruhan kepemimpinan termasuk ahli-ahli UMNO perlu berganding bahu bagi merealisasikan transformasi yang diutarakan Presiden parti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.