saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Laporan muka depan Utusan dapat perhatian

BADRUDDIN Amiruldin menunjukkan laporan muka depan Utusan Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Di manakah Melayu tanpa UMNO?' mendapat perhatian perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin memuji laporan Utusan apabila mengangkat akhbar arus perdana itu dan berkata: ''Terima kasih Utusan Malaysia kerana memartabatkan Melayu.''

Menurutnya, Utusan Malaysia sentiasa memperjuangkan agenda Melayu dalam laporan beritanya sejak dahulu hingga kini.

Terdahulu, Wakil Pahang, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain sebelum mengakhiri ucapannya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden membaca petikan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan di muka depan Utusan itu.

Petikan ucapan itu berbunyi:

''Ke manakah orang Melayu hendak membawa diri, jika UMNO sudah tiada lagi. Ke manalah perginya hati, ke mana perginya rasa, kalau perjuangan umat Melayu sudah tidak berkumandang lagi. Relakah kita perjuangan Melayu terhapus di bumi ini? Sanggupkah Melayu akhirnya merempat dan terbangsat di tanah sendiri?''

Dalam pada itu, gelagat Badruddin semasa mempengerusikan sesi perbahasan sentiasa mencuit dan menarik perhatian para perwakilan sehingga tidak kering gusi dengan jenaka yang menggeletek hati sesiapa sahaja.

Malah, barisan pucuk pimpinan parti turut tertawa dan terhibur dengan celoteh, usikan serta jenaka beliau.

Wakil Mahasiswa Nasional, Muhammad Hakim Jaafar antara pembahas yang menjadi 'mangsa' usikannya ketika meminta diberikan tempat duduk lebih hadapan pada perhimpunan akan datang berbanding di tepi kiri pentas kali ini.

Badruddin yang mendengar permintaan itu terus mencelah dengan nada mengusik sambil berkata:

''Tidak apalah, budak-budak main ikut tepilah dahulu,'' katanya yang disambut dengan gelak ketawa hadirin.

Wakil UMNO Melaka, Mustafa Musa turut 'terkena' apabila Badruddin menggelarnya sebagai 'Papa Rock' ekoran suara serak-serak basah pembahas dari UMNO Bahagian Alor Gajah itu.

Selepas Mustafa selesai berbahas, Badruddin 'mencuri' sedikit masa untuk mempromosikan satu produk minuman kesihatan dengan gaya pengiklanannya tersendiri yang mencuit hati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.