saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

UMNO diharap tangani tarif elektrik

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Pucuk pimpinan UMNO diharap dapat memberi pandangan dan penyelesaian yang berhemah pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 esok, berhubung isu kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) baharu, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, langkah itu perlu diberi perhatian bagi memastikan tiada mana-mana pihak terbeban dengan kenaikan yang dilihat menyusahkan golongan rakyat pertengahan.

"Saya akui banyak keluhan yang disampaikan tentang rasa tidak puas hati rakyat berhubung kenaikan tarif elektrik.

"Oleh itu, saya berharap dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak esok, sekurang-kurang dapat memberi ketenangan kepada rakyat tentang bagaimana parti ini sentiasa membela nasib rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berkuat kuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen kilowatt per jam (kWj) atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.