saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Beri gambaran sebenar keadaan parti kepada pucuk pimpinan tertinggi

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Para pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian perlu memberi gambaran sebenar keadaan parti serta tahap sokongan orang Melayu di peringkat masing-masing kepada pucuk pimpinan tertinggi parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO baharu, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, gambaran sebenar itu penting supaya pucuk pimpinan tertinggi parti dapat mengatur strategi lebih agresif serta memberi tumpuan lebih khusus kepada peringkat bahagian dan cawangan parti yang dilihat bermasalah.

Menurut beliau, sebelum ini terdapat pemimpin peringkat cawangan dan bahagian tidak berlaku jujur dengan pucuk pimpinan tertinggi parti dengan memberi gambaran gerak kerja dan sokongan ahli di peringkat masing-masing berlangsung sempurna.

Tambahnya, keadaan itu memandangkan mereka tidak mahu dilihat gagal mengemudi parti di peringkat masing-masing sekali gus menutup peluang memegang jawatan lebih tinggi sama ada di peringkat negeri atau pusat.

“Malangnya yang menjadi mangsa dengan sikap sebegini adalah parti yang hilang sokongan daripada ahli UMNO sendiri sewaktu pilihan raya umum disebabkan kita gagal mengatasi masalah rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selepas sering terlibat sebagai pemerhati sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO kali ini menyaksikan Ibrahim yang juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi salah seorang daripada Ahli MT selepas dilantik bersama sembilan individu lain oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 November lalu.

Lebih menarik, Ibrahim juga merupakan satu-satunya Ahli MT yang tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman terlibat dalam dunia politik dan pelantikan beliau dilihat bagi mewakili golongan profesional dan ahli akademik.

Menurut Ibrahim, gesaan supaya melaporkan kedudukan sebenar kepada pucuk pimpinan tertinggi itu juga dibuat terhadap pengurusan syarikat milik kerajaan (GLC) berhubung usaha mereka membantu memperkasa ekonomi masyarakat bumiputera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.