saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Pemuda UMNO sebagai pemudah cara

UTUSAN: Bagaimana saudara melihat keputusan pemilihan parti yang lepas bagi Pergerakan Pemuda UMNO?

NAZIR: Pertamanya, kita dapat melihat ada 163 muka baharu sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian daripada keseluruhan 191 Bahagian. Jumlah lebih 70 peratus muka baharu ini juga mendapat garapan daripada tokoh agama, profesional muda dan juga aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dari segi perpaduan, tiada lagi kem A atau kem B atau kem C kerana sokongan semuanya kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin

Bukan mudah untuk mempertahankan jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO, apakah rahsia kejayaan saudara?

NAZIR: Saya sangat bersyukur dapat mempertahankan jawatan. Walaupun ramai memperkatakan mengenai sistem pemilihan parti yang perlu penambahbaikan, saya bersyukur mendapat kedudukan lima teratas. Besar kemungkinan kejayaan ini sebab orang mengenali saya sebagai Nazir Job Fair dan program itu telah membantu 140,000 orang muda mendapat pekerjaan. Insya-Allah, kepercayaan akar umbi ini tidak akan saya sia-siakan.

Saudara kini dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan, adakah cabaran ini lebih berat?

NAZIR: Yang Berhormat Khairy meminta saya membawa isu perumahan untuk orang muda. Kita nak lakukan sesuatu yang boleh dibawa sehingga ke peringkat dasar negara. Ini bukan satu perkara yang mudah kerana kita kalah di peti undi orang muda di bandar. Kita kena cari titik sentuhan. Kita juga hendak mencari formula untuk lebih ramai Melayu muda kekal di bandar dan tidak berhijrah keluar kerana harga rumah terlalu mahal.

Apakah amanat paling utama yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini?

NAZIR: Beliau mahu Pemuda UMNO tidak menjadi golongan pendesak, sebaliknya Pemuda UMNO menjadi pelengkap kepada peranan kerajaan dan menjadi pemudah cara. Untuk memenangi enam juta pengundi baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pemuda UMNO perlu terus menjuarai isu orang muda. Kurangkan bercakap, lebihkan bekerja. Sekiranya tiga isu ini iaitu kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan, kita berjaya selesaikan, kita yakin akan mendapat sokongan orang muda.

Biarpun UMNO mencurahkan bakti, pembangkang tetap memfitnah dan memanipulasikan fakta, bagaimana UMNO dapat memastikan sokongan diterjemahkan kepada undi?

NAZIR: Secara umum, orang Melayu masih yakin dan memerlukan UMNO. Hakikatnya, bukan budaya UMNO untuk mencari salah atau memaki hamun orang. Kalau betul-betul 3.5 juta orang ahli UMNO hendak maki hamun, saya rasa sudah lama pembangkang kena rendam tetapi itu bukan budaya kita. Bagaimanapun, saya berpendapat memang ada keperluan untuk sebarang persepsi negatif ditangkis segera. Wakil-wakil rakyat serta pemimpin-pemimpin UMNO perlu menguasai media baharu sepenuhnya dan berinteraksi dengan rakyat sepanjang masa dan tidak terhad pada musim pilihan raya sahaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.