saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Kebangkrapan bukan penghujung hidup - Sohaimi

Sohaimi Shahadan (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Datuk Johari Abdul Ghani semasa sesi usul perbahasan ucapan presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Ditanya apa perasaannya kini berada di atas pentas Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) duduk dalam barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersama Presiden, ahli MT baharu, Datuk Sohaimi Shahadan, 44, terdiam sejenak.

"Suatu ketika rakan-rakan di bawah pentas termasuk saya berhujah, berbahas membangkitkan itu ini idea dan buah fikiran untuk parti, kini dari atas (pentas) pula mendengar dan meneliti hujah mereka.

"Saya rasa tanggungjawab sekarang lebih besar untuk melaksanakan apa yang ditetapkan pucuk pimpinan," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Sohaimi yang satu-satunya wakil dari Selangor yang menang dalam pemilihan MT 19 Oktober lalu bersyukur kerana Selangor mendapat tambahan lantikan tiga lagi wakil MT iaitu Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

"Dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar sendiri berada dalam MT, saya percaya tugas untuk memastikan Selangor kembali ke pangkuan parti dengan kerjasama dan komitmen seluruh 22 ketua bahagian UMNO negeri tidak mustahil dicapai," katanya.

Bagi Sohaimi, perkara utama yang perlu dilakukan dalam waktu terdekat ini adalah berusaha menarik seberapa ramai luar partisan menyertai UMNO.

"UMNO parti paling lama sejak 1946 dan mesti mengikut peredaran masa. Biar kelihatan lama, antik tetapi bernilai sesuai untuk semua orang.

"Gerak kerja yang dijalankan mesti konsisten kalau kita nak jadi pemimpin di akar umbi," katanya.

Sohaimi yang dikenali begitu agresif menggerakkan jentera NGO Selangor menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 menerusi perjuangannya membela nasib pelajar universiti, ibu tunggal dan mereka yang keputusan air dan muflis, cukup meyakini petunjuk prestasi utama (KPI) - satu-satunya kaedah berkesan untuk memastikan survival parti.

"Kita boleh bawa kereta, tapi nak berhenti di hentian mana? Kalau ada panduan KPI ini, kita boleh pandu dan berhenti di setiap hentian, sebelum meneruskan perjalanan ke akhir hentian.

Dengan KPI yang jadi pengukur di peringkat bahagian, kita boleh 'serve' rakyat dengan efisien," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai perhimpunan agung yang menjadi platform terbesar perkumpulan orang Melayu, Sohaimi berkata:

"Jadikan platform perhimpunan ini program mencetuskan idea yang bernas dan menarik.

"Saya akui tidak semua idea diambil tetapi seingat saya setahun yang lepas saya ada bangkitkan usaha-usaha untuk membantu golongan muda muflis keluar dari masalah mereka.

"Dan hari ini banyak masalah mereka telah diselesaikan menerusi Sekretariat Bebas Muflis yang diwujudkan," katanya.

Sekretariat Bebas Muflis yang diketuai Sohaimi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), merupakan satu inisiatif bagi membantu golongan muflis menyuarakan pendapat dan rintihan apabila dijatuhkan hukuman sebagai seorang yang bankrap.

"Ketika ini ada seramai lebih 250,000 pemuflis dan hanya 28 peratus yang berdaftar dengan Jabatan Insolvensi untuk ditadbir dan diberi peluang kedua.

"Mereka wajar dibantu sebab kebangkrapan bukan penghujung hidup," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:34
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.