saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

TPPA: Dapatkan tawaran terbaik

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan diminta mendapatkan tawaran terbaik sebelum memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) agar kerjasama tersebut tidak hanya menguntungkan Amerika Syarikat (AS) tetapi turut memberikan faedah besar kepada negara.

Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Affendi Zahari berkata, ini kerana beliau pernah terbaca sebuah buku bertajuk 'How to Kill a Country' (Bagaimana Membunuh Sebuah Negara) yang menceritakan bagaimana perjanjian perdagangan antara Australia dan AS, tetapi lambat laun hanya menguntungkan negara Uncle Sam itu.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa berkata, buku yang ditulis oleh dua profesor dari Australia itu juga menyatakan bahawa Kanada turut berasa demikian apabila mengadakan perjanjian perdagangan dengan AS yang merupakan negara kuasa ekonomi dunia.

"Kerajaan berharap Malaysia dapat menyertai TPPA kerana unjuran perkembangan keuntungannya dianggarkan bernilai hampir RM1 trilion dan kira-kira RM230 bilion untungnya hanya di AS.

"Jadi, kerajaan berasakan kalau kita tidak masuk dalam TTPA, kita akan ketinggalan tetapi persoalannya kalau kita masuk apakah kos yang akan dibayar oleh negara ? Kalau kita hendak masuk, biarlah kita tidak rugi apabila masuk," katanya semasa membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Menurut Affendi, kerajaan perlu mengambil perhatian bahawa AS juga mempunyai satu dasar yang melindungi kepentingan negara itu yang telah wujud sejak sekian lama.

"AS nampak sahaja macam negara bebas tetapi mereka ada 'Buy American Act 1933' iaitu satu polisi yang hampir memustahilkan agensi kerajaan negara itu untuk membeli barang bukan AS. Namun, kita letakkan kepercayaan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan pasukannya untuk mendapatkan tawaran terbaik," katanya.

Beliau turut membidas tindakan GLC tertentu menubuhkan anak syarikat untuk menguasai perniagaan kecil di bawahnya yang sepatutnya boleh dimanfaatkan oleh peniaga kecil dan syarikat bumiputera.

"Saya ada seorang kawan, dulu dia bekal barang-barang yang boleh digunakan di plaza tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) seperti kertas resit dan dakwat. Benda-benda macam ini kontraktor bumiputera buat tetapi sejak empat tahun lalu, PLUS suruh anak syarikatnya masuk pasaran dan beli.

"Apa saya hendak cakap, mampuslah kontraktor bumiputera apabila PLUS sendiri sudah beli. PLUS tidak ada urusan untuk pergi ke perniagaan kecil ini. Memang betul PLUS sudah beri kontrak bernilai ratusan juta ringgit kepada syarikat bumiputera tetapi tidak payah buat anak syarikat untuk lawan budak bumiputera," katanya.

Sepanjang membahaskan usul tersebut, Affendi membuat seluruh perwakilan di Dewan Merdeka tergelak besar dengan beberapa lawaknya termasuk percakapan dalam bahasa Tamil dan Inggeris.

Paling mencuri perhatian perwakilan ialah semasa beliau menceritakan kisah perbualan antara seorang budak Melayu dari Terengganu dengan seorang lelaki 'mat saleh' di Lapangan Terbang Heathrow, London.

"Saya teringat ada satu cerita seorang budak pandai pergi ke London. Sebaik sahaja turun di Lapangan Terbang Heathrow, dia terlanggar beg seorang mat saleh yang sedang turun dari tangga. Budak ini kata 'sorry' dan orang putih itu kata 'it's ok, I'm sorry too'.

"Apabila dengar 'two', budak ini balas 'I'm sorry three' dan orang putih itu pula cakap 'what for' dan apabila dia dengar 'four', dia cakap 'I'm sorry five'. Apabila dengar budak itu cakap 'five', orang putih itu balas 'I'm sick of it' dan bila dengar 'six', budak itu kata 'I'm sorry seven'. Ini masalahnya kalau kita tidak tahu cakap orang putih," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.