saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Stigma 'tanah kubur masih merah' beri kesan negatif

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Persepsi negatif orang Melayu terhadap aspek pengurusan harta pusaka dilihat sebagai salah satu punca projek pembangunan sukar dilaksanakan di atas tanah milik mereka.

Wakil Perak, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anwar Wan Ahmad berkata, stigma 'tanah kubur masih merah' merupakan antara faktor yang menghalang pembahagian lot tanah kepada pewaris-pewaris sebaik sahaja pemiliknya meninggal dunia.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar memberitahu, sekiranya isu berkenaan tidak diatasi, ekonomi dan kehidupan orang Melayu akan menjadi lemah.

"Kita menggesa kerajaan mengkaji semula akta-akta sedia ada bagi mewujudkan peruntukan yang mewajibkan orang Melayu menulis wasiat.

"Sekiranya tindakan ini dilakukan, sebahagian besar agenda kerajaan membantu orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan tanah seperti projek Rumah Mesra Rakyat dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dapat dijayakan," katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.