saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Cerita I'm sorry three, five, seven gamatkan perbahasan usul ekonomi

Sebahagian perwakilan ketawa mendengar perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, 6 Dis - Kisah lucu mengenai seorang anak Melayu yang baharu belajar bahasa Inggeris sebagai persediaan melanjutkan pelajaran di luar negara, menggamatkan sesi perbahasan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini.

Perwakilan dari Wilayah Persekutuan Afendi Zahari berkata kisah itu berlaku di lapangan terbang apabila pelajar dari Pantai Timur tersebut terlanggar seorang warga asing dan cuba meminta maaf dalam bahasa Inggeris.

"Masa dekat tangga airport, budak ini terlanggar 'orang putih', lepas itu dia cakap I am sorry, disambut lelaki itu dengan I'm sorry too, bila dia dengar perkataan too, budak inipun jawab I'm sorry three.

"Hairan dengan jawapan budak ini, lelaki itu tanya what for?, budak ini kemudian jawab lagi I'm sorry five," kata Timbalan Ketua UMNO Titiwangsa itu.

Katanya mendengar jawapan budak itu yang tidak habis-habis meminta maaf, warga asing yang mula naik jemu itu berkata: I'm sick of this".

Meneruskan ceritanya, Afendi berkata tanpa menyedari yang dia telah membuatkan warga asing itu hilang sabar, sebagai orang Melayu yang beradab, pelajar berkenaan berterusan meminta maaf dengan mengatakan I'm sorry seven. "Inilah masalahnya kalau kita tidak tahu cakap orang putih," katanya, disambut hilai ketawa anggota perwakilan yang hadir.

Bagaimanapun, katanya, iktibar daripada kisah kelakar itu cukup besar kerana ia menunjukkan betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris bermula sejak sekolah dan kesungguhan seorang anak kampung untuk menguasai bahasa global tersebut tanpa segan dan malu.

Sebelum menceritakan kisah itu, gelagat Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang berseloroh dalam bahasa Inggeris pasar (broken English) dengan Afendi yang meminta maaf kerana kerap bertutur dalam bahasa Inggeris ketika berbahas, turut menarik perhatian perwakilan.

"What sorry-sorry... where are you educated from (Apa maaf-maaf...kamu belajar di mana)?" tanya Badruddin, dan dijawab Afendi yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang: "England, Tan Sri". "I'm educated from Yan (Kedah) (Saya bersekolah di Yan)," balas Badruddin yang membuatkan dewan persidangan riuh dengan ketawa perwakilan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.